Seekor Anjing Andalusia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yekshemesh (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Yekshemesh (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Seekor Anjing Andalusia''' ([[bahasa Perancis]]: ''Un chien andalou'') ialah judul sebuah [[filem senyap|filem bisu]] [[surrealis]] pendek arahan [[Luis Buñuel]] dan ditulis bersama dengan pelukis surrealis terkenal [[Salvador Dalí]]. Ia dibintangi Simone Mareuil dan Pierre Batchef; Buñuel dan Dalí turut kelihatan dalam adegan kameo yang ringkas tetapi nama mereka tidak tersenarai dalam kredit.
 
Sejak diterbitkan pada tahun [[1929]], filem ini telah mendapat pujian meluas dari pengkritik dan penggemar dunia filem. Sebagai sebuah filem [[surrealis]], ''Seekor Anjing Andalusia'' tidak ada jalan cerita atau plot yang lazimnya terdapat dalam filem-filem normal. Jangka masa dalam filem ini "melompat" dari "''pada suatu ketika''" ke "''lapan tahun kemudian''" ke "''pukul tiga pagi''" ke "''enam belas tahun dahulu''" ke "''pada musim panas''" tanpa mengikut logik rentetan babak yang dipaparkan. Tidak ada anjing yang dapat dilihat dalam filem ini, dan tidak ada apa-apa petanda yang menunjukkan filem ini bertempat di [[Andalusia]]. Buñuel sendiri pernah berkata bahawa filem ini "tidak bermaksud menggambarkan apa-apa idea atau penerangan yang rasional".