Seekor Anjing Andalusia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yekshemesh (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Yekshemesh (bincang | sumb.)
Baris 11:
Filem ini bermula "''pada suatu ketika''". Seorang lelaki separuh umur (Buñuel) mengasah pisau cukur di pintu anjung rumahnya lalu menguji ketajaman pisau itu dengan ibu jarinya. Dia keluar ke anjung sambil merenung bulan purnama di langit. Kamera memintas ke wajah seorang pemudi (Mareuil) yang duduk tenang dan bersahaja sambil lelaki itu menahan kelopak matanya. Menyusul pula adegan yang menjadi punca kemasyhuran filem ini: ketika bulan purnama di langit diselubungi sekepul awan yang nipis (seperti sebilah pisau cukur), lelaki itu menghiris mata pemudi itu dengan pisau cukurnya, lalu cecair mengalir keluar dari biji matanya yang baru dikelar.
 
Kad judul seterusnya mengumumkan "''lapan tahun kemudian...''". Seorang pemuda berbasikal sekitar pekan sambil memakai jubah [[biarawati]] dan membawa sebiji kotak misteri pada lehernya. Pemudi dalam adegan pertama sedang membaca sebuah buku di apartmennya, kemudian mencampak buku yang sedang dibaca apabila menyedari kedatangan pemuda itu. (Kita dapat melihat bahawa buku itu mengandungi sesalinan lukisan karya [[Jan Vermeer]], seorang pelukis yang diminatidikagumi Dalí.) Pemudi menjenguk ke luar tingkap dan melihat pemuda itu terjatuh dari basikal di depan apartmennya. Pemudi lantas turun ke bawah dan mengendong sang pemuda.
 
Kemudiannya, pemudi menyusun pakaian yang dipakai pemuda tadi di atas katilnya. Sambil dia merenung tajam dan memberi tumpuan kepada pakaian yang disusun tadi, sang pemuda tiba-tiba muncul di hadapan pintunya. Kedua-dua mereka melihat telapak tangan sang pemuda yang berlubang; kelihatan semut merayap-rayap keluar dari lubang tersebut. Lubang ini perlahan-lahan secara berturutan bertukar menjadi bulu ketiak seorang wanita, seekor landak laut, dan kepala seorang figura yang [[androgini|kurang jelas jantinanya]].
 
Wanita muda seakan-akan lelaki itu berada di jalan raya di kaki bangunan apartmen. Dia menguis-nguis satu tangan manusia yang terputus menggunakan tongkat. Dua orang polis mengawal orang ramai yang mengerumuninya. Salah seorang anggota polis itu mengutip tangan tersebut lalu meletakkannya di dalam kotak yang dibawa oleh sang pemuda sebentar tadi, kemudian memberi kotak itu kepada wanita androgini tersebut. Wanita itu memeluk kotak itu dengan wajah tersenyum, seolah-olah terkenang sesuatu yang mengembirakannya. Para polis meminta orang ramai bersurai. Wanita itu terus sahaja berdiri di tengah-tengah jalan raya yang sesak, sambil sang pemuda dan sang pemudi melihat sahaja gelagatnya dari tingkap apartmen. Akhirnya wanita itu dilanggar kenderaan dan tidak sedarkan diri (tidak jelas samada dia mati atau hanya pengsan). Sang pemuda seperti teruja dan sadis melihat nasib yang menimpa wanita muda itu.
 
Sang pemuda kemudian memandang sang pemudi dengan mata yang penuh rakus, lalu menyentuh [[buah dada]]nya dan membayangkan sang pemudi berbogel dari depan dan belakang. Sambil sang pemuda berangan, sang pemudi menepis tangannya dan berlari-lari sekeliling bilik untuk cuba melepaskan diri. Si pemudi mengambil raket [[tenis]] untuk mempertahankan dirinya. Dalam satu lagi rangkaian yang tidak logik, si pemuda tiba-tiba menarik tali yang padanya terikat papan batu yang tertera [[Sepuluh Rukun]] [[Nabi Musa]], dua buah [[piano]] yang di atasnya terlantar dua ekor [[keldai]] mati yang sedang [[pereputan|mereput]], dan dua orang [[paderi]] yang kelihatan agak bingung (paderi di sebelah kanan dilakonkan oleh Dalí).
 
TBC