Asri Muda: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Malekhanif (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Malekhanif (bincang | sumb.)
Baris 34:
 
== Politik ==
Beliau menang bertanding dalam [[Pilihan Raya Umum Malaysia 1959]] bagi kawasan [[[[Pasir Puteh]], negeri [[Kelantan]] (1958-1964). Ketika itu [[Perdana Menteri Malaysia]] ialah [[Tunku Abdul Rahman]] dan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun [[Abdul Razak Hussein]]. [[Pilihan raya]] ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957. [[Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959]] ini cukup hebat kerana diadakan berperingkat-peringkat , bermula dari negeri [[Perlis]] hingga [[Kelantan]]. Ketika itu [[Sabah]] dan [[Sarawak]] belum menyertai / membentuk Malaysia. Kerusi Parlimen bertambah dari 52 (1955) kepada 104 kerusi (1959). Perikatan menang 74 kerusi dan pembangkang menang 30 kerusi.
 
 
Beliau mula dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan pada [[1959]] hingga [[1963]]. Beliau pernah dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan dari tahun [[1964]] sehingga tahun [[1972]]. Kemudian, beliau dilantik sebagai Menteri Pembangunan Tanah dan Kemajuan Wilayah dari [[1 Januari]] [[1973]] hingga [[9 November]] [[1977]]. Kemudian pada [[14 November]] [[1977]] [[PAS]] telah dipecat sebagai parti komponen [[Barisan Nasional]].