Kuala Kubu Bharu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Firdausezani (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Firdausezani (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Kuala Kubu Bharu''' ialah bandar di daerah [[Hulu Selangor]], [[Selangor]], [[Malaysia]]. Bandar ini terletak di atas puncak bukit. Ia ialah ibu daerah [[Hulu Selangor]]. Di kalangan penduduknya, Kuala Kubu Bharu juga dikenali dengan singkatan '''KKB'''. Kuala Kubu Bharu yang pada mulanya dikenali sebagai Kuala Kubu diletakkan di dalam Pentadbiran Residen-Residen [[British]] yang pertama iaitu Presiden [[Frank Athelstane Swettenham]], diikuti oleh J.P Rodger dan Edward Maxwell. Pada masa itu, Kuala Kubu menjadi pintu masuk ke Negeri Pahang. Oleh kerana banjir besar yang melanda, pihak [[British]] telah memindahkan pusat pentadbiran mereka ke Kuala Kubu Bharu pada 6 Mei 1931. Pada tahun 1975, tertubuhnya Majlis Daerah Hulu Selangor yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir dan membuat perubahan di dalam kawasan jagaannya terutama [[Kuala Kubu Bharu]]. Banyak perubahan dan pengubahsuaian telah dilakukan dari semasa ke semasa untuk keselesaan dan kemudahan penduduk. Pekan Kuala Kubu Bharu yang dahulunya sunyi kini bertukar corak menjadi pekan yang ceria, bersih dan indah dnegan landskap yang menyejukkan mata memandang. Pada tanggal 15 Januari 1994, Pejabat Pentadbiran [[Majlis Daerah]] Hulu Selangor yang dahulunya terletak di bekas Pasar Lama di dalam pekan Kuala Kubu Bharu juga telah bertukar ke kawasan yang lebih luas dan selesa. Pejabat tersebut yang bertempat di Jalan Bukit Kerajaan telah dirasmikan oleh Y.A.B Tan Sri Haji [[Muhammad Haji Muhd Taib]], Menteri Besar Selangor pada ketika itu.
 
==Kisah Lagenda Buaya Putih==
 
Mengikut sumber([[Arkib Negara Malaysia]]) nama Empang@[[Ampang PecahPechah]] ini wujud dengan satu kisah lagenda Buaya Putih kira-kira pada tahun 1883 dimana kedegilan seorang pegawai Inggeris yang bernama Cecil Ranking telah menembak seekor buaya putih yang kononnya dianggap oleh penduduk kampung sebagai “penunggu” (spirit guardian of the river) di situ. Akibat dari kedegilan beliau membunuh buaya tersebut maka berlaku satu banjir besar dimana telah memusnahkan [[empangan]] yang dibina oleh penduduk dari batang-batang kayu dan ditambak dengan tanah merentangi Sungai Kubu, iaitu anak [[Sungai Selangor]]. Panjangnya empangan itu kira-kira 1.6 kilometer dan lebarnya melebihi 91.4 meter. Tragedi pecahnya empangan itu juga dikenali sebagai 'Sejarah Kuala Kubu'. Kuala Kubu dibuka pada kurun kelapan belas oleh orang-orang Melayu dan mereka merupakan perintis kepada kegiatan melombong bijih di daerah itu, sehingga dapat membina empangan besar untuk kerja-kerja mendulang bijih. Daerah itu juga pernah menjadi kubu pertahanan Raja Mahadi dan Syed Mashor menentang angkatan perang Tengku Kudin dalam Perang Saudara di [[Selangor]] pada tahun 1867-1874. Usaha-usaha untuk membangunkan semula Kuala Kubu telah dibuat dan pada tahun 1931, maka lahirlah pekan Kuala Kubu Bharu yang kekal hingga ke hari ini sebagai pusat pentadbiran daerah Hulu Selangor, menggantikan Kuala Kubu Lama yang kini tinggal kenangan. Sehingga kini kita masih dapat melihat bekas peninggalan sejarah akibat dari tragedi tersebut. Itulah serba sedikit pengenalan mengenai Kuala Kubu Bharu.
 
==Pautan luar==