Queensbay Mall: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Queensbay Mall''' ialah sebuah [[pusat beli-belah]] yang terletak 7km dari [[Georgetown, Pulau Pinang|George Town]] di [[Pulau Pinang]], [[Malaysia]]. Queensbay Mall terletak di tengah kawasan pemajuan [[Queensbay]], dahulunya dikenali sebagai Bayan Bay sebelum tergendala ketika [[krisis kewangan Asia]]. Pada masa itu, pusat beli-belah ini bernama Bayan World Megamall. Kini, Queensbay Mall merupakan pusat beli-belah terbesar di bahagian utara Malaysia. Namun, gelaran pusat beli-belah terbesar itu bakal diambil alih oleh [[Central Mall]] di [[Seberang Perai]].
 
Queensbay Mall dibuka pada [[1 Disember]] [[2006]] sungguhpun diselubungi khabar angin penjalanan kerja-kerja kurang bermutu agar sempat dibuka menjelang perayaan [[Krismas]]. Di sinilah penglibatan kedua rangkaian gedung serbaneka [[JUSCO]] di bahagian utara selepas Kinta City di [[Ipoh]].