Tanjong Malim: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Malekhanif (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Khairul hazim (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 24:
Pada 1922, [[Maktab Perguruan Tanjung Malim]] ditubuhkan oleh British atas desakan [[Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah ibni al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar|Sultan Idris]]. Maktab ini dibiayai oleh Kerajaan [[Negeri-Negeri Melayu Bersekutu]] dan Kerajaan [[Negeri-Negeri Selat]] menggantikan [[Maktab Perguruan Melaka]] dan [[Maktab Perguruan Matang]], [[Taiping]], [[Perak]] yang ditutup. Ketua Setiausaha Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Sir [[George Maxwell]] telah merasmikan maktab ini dan pengetua pertamanya ialah [[O.T Dussek]].<ref>[http://www2.arkib.gov.my/hids/print.php?type=A&item_id=882 MAJLIS PERAYAAN ULANGTAHUN YANG KE-60 (JUBLI INTAN) MAKTAB PERGURUAN SULTAN IDRIS, TANJONG MALIM, PERAK]</ref>
 
Pada 25 Ogos 1957, seramai 2000 penduduk Tanjung Malim menyertai gerakan menentang komunis kerana hutan Tanjung Malim dan Sungai Bil serta hulu Sungai Bernam menjadi kubu pengganas komunis. 2000 orang ini memasuki hutan belantara dan menyeru 5 orang pengganas komunis yang masih aktif agar menyerah diri. Kapal terbang turut digunakan , menggunakan pembesar suara agar pengganas komunis menyerah diri. Kawasan tinjauan sehingga 4 batu radius selama 4 jam sejak jam 9.00 pagi. Mereka termasuklah Jawatankuasa Rakyat Setia Tanjung Malim. Tentera dari [[Batalion ke-5 Askar Melayu]] serta 13 unit Pasukan Polis Persekutuan serta tentera udara turut membantu dan menjaga keselamatan.<ref>[http://www2.arkib.gov.my/hids/print.php?type=A&item_id=1867 GERAKAN MENENTANG KOMUNIS TERBESAR]</ref>
 
Pada 22 Disember 1958, Sekolah Menengah Melayu Tanjung Malim dinamakan sebagai [[Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Abdul Razak]] sempena nama [[Timbalan Perdana Menteri Malaysia]],Tun [[Abdul Razak Hussein]]. Menteri Pelajaran, Encik [[Mohd Khir Johari]] datang merasmikan bangunan baru sekolah, dengan kos RM1.5 juta. Pembinaan ini selaras dengan [[Penyata Razak 1956]].<ref>[http://www2.arkib.gov.my/hids/print.php?type=A&item_id=3773 SEKOLAH MENENGAH DATO’ ABDUL RAZAK, TANJUNG MALIM]</ref>
 
Plaza Tol pertama di Malaysia terletak di jalan besar antara [[Slim River]] ke [[Tanjung Malim]] dibuka pada 1964 . Jalan dua hala sepanjang 20 km ini dinamakan 'Lebuh raya Tanjung Malim-Slim River'. Jalan besar ini dikenakan tol , sebelum [[Lebuhraya Utara-Selatan]] ([[PLUS]]). Plus mula dibina pada 1988 dan siap pada 1994. Sistem jalan raya bertol ini yang pertama di [[Asia]].<ref>[http://docs.google.com/viewer?a=v&q=cache:tFDBOrr9q80J:www.efka.utm.my/thesis/images/3PSM/2004/3JGP/Transportations1/FAHDNAIMAA990118DO3TT2.doc+tol+slim+river+pertama&hl=en&gl=my&pid=bl&srcid=ADGEESjwsK5KWzjZHY-kIoap-JDYnvBeJJC5JKkL9sEDNNNZTCWHtYFHwuV4jS8s1tPN5kkCQ3uj0uagh6VFlUHnH80SvP5xdw6ZxizzGoqbEruY1XNX017R6UMOLMY770VexWPZ_ZSD&sig=AHIEtbRVIqkKF5NVbmklGWw8Spvgw_zL1g Lebuhraya Utara-Selatan]</ref>
 
Pada 1995 Perjanjian Pembangunan Tanah Industri Tanjung Malim diadakan.Perak diwakili oleh [[Menteri Besar Perak]],Tan Sri [[Ramli Ngah Talib]], Hicom oleh Presidennya Tan Sri [[Jamil Rais Mohd Jan]] dan [[Proton]] oleh Pengarah Urusan, Datuk [[Nadzmi Mohd Salleh]]. TaahTanah seluas 1,260 hektar digunakan untuk mengeluarkan 500,000 unit kereta Proton Gen-2 dan lain-lain.Majlis pecah tanah tapak Proton dilakukan oleh [[Perdana Menteri Malaysia]], Dato’ Seri Dr. [[Mahathir Mohamad]] pada 23 Mac 1996. <ref>[http://www2.arkib.gov.my/hids/print.php?type=A&item_id=5326 PERJANJIAN PEMBANGUNAN TANAH INDUSTRI TANJUNG MALIM, PERAK]</ref>
 
Pada 1996, landasan kereta api berkembar antara Rawang - Ipoh diluluskan . Tanjung Malim dan Serendah turut menikmati kemudahan ini. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr [[Ling Liong Sik]] memaklumkan bahawa projek ini seperti di [[Jepun]] dan [[Itali]]. Kelajuan maksimum kereta api ini ialah 250 kilometer/jam untuk jalan lurus dan 120 kilometer/jam untuk laluan selekoh.<ref>[http://www2.arkib.gov.my/hids/print.php?type=A&item_id=4388 KABINET LULUS LANDASAN KERETA API PENDULUM]</ref>
== Infrastruktur ==
===Pendidikan===