Perbezaan antara semakan "Pulau Pinang"

tiada ringkasan suntingan
}}
 
'''Pulau Pinang''' ialah sebuah negeri yang terletak di pantai barat laut [[Semenanjung Malaysia]]. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh [[Selat Melaka]] [http://maps.google.com/maps?f=q&hl=en&q=Pulau+Pinang%2C+Malaysia (lihat peta)]. Negeri ini merupakan petempatan [[British]] yang pertama di Semenanjung Malaysia.Negeri Pulau Pinang merupakan negeri paling maju di Malaysia selepas Negeri [[Selangor]] dan memiliki tahap urbanisasi yang besar di Malaysia selepas Selangor.Kepadatan penduduk Negeri Pulau Pinang adalah terbesar di [[Malaysia]].
 
Nama pulau ini diambil daripada nama [[pokok pinang]] (''areca catechu'').
 
==Ekonomi==
Pulau pinang merupakan negeri paling maju dan memiliki tahap urbanisasi yang tinggi di Malaysia selepas Negeri Selangor.Pada hari kini, negeri Pulau Pinang merupakan [[ekonomi]] yang kedua terbesar di antara negeri-negeri Malaysia, iaitu selepas [[Selangor]]. [[Sektor pengeluaran]] merupakan sektor terutama dalam ekonomi negeri dengan sumbangan sebanyak 45.9% kepada keluaran negeri kasar pada tahun [[2000]]. Perkembangan industrialisasi di bahagian selatan pulau amat pesat, dengan banyak kilang elektronik teknologi berprofil tinggi (seperti [[Intel]], [[AMD]], [[Motorola]], [[Agilent]], Hitachi,Osram,Bosch dan Seagate) yang terletaknya di Zon Perindustrian Bebas Cukai Pulau Pinang dan Kawasan Perusahan Perai.Sektor-sektor utama yang lain dalam ekonomi Pulau Pinang termasuk sektor [[pelancongan]], [[kewangan]] dan perkhidmatan.
 
{| class="wikitable" style="float:right; font-size:82%;"
Pengguna awanama