Pulau Pinang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 529:
Pulau Pinang, yang juga digelarkan sebagai "Mutiara Timur" (''Pearl of the Orient''), merupakan sebuah syurga bagi pencinta-pencinta makanan yang datang dari seluruh Malaysia dan [[Singapura]] untuk menikmati gaya masakan yang istimewa. Makanan Pulau Pinang yang membayangkan pergaulan di antara kaum Cina, Melayu dan India, juga dipengaruhi kuat oleh makanan [[Thailand]]. Pulau Pinang adalah termashyur dalam makanan penjaja yang dijual dan dimakan di tepi jalan, terutamanya makanan [[mi]] dan [[makanan laut]].
{{utama|Pelancongan di Pulau Pinang}}
[[Batu Ferringhi]], yang terletaknya di [[pantai]] utara Pulau Pinang, mempunyai banyak [[hotel]] yang moden dan merupakan pantai peranginan yang amat popular. Ramai [[pelancong]] juga melawati bandarraya Georgetown, sebuah bandarraya yang bersejarah dan yang mengandungi rumah-rumah pelbagai kaum, termasuk orang Cina Selat, Melayu dan India, yang dibina pada abad kesembilan belas. Bangunan-bangunan kolonial British boleh juga didapati diantara kuil-kuil Cina dan kuil-kuil [[Tamil]] , dan [[masjid]] orang Melayu Islam. Kuil ''[[Kek Lok Si]]'' di [[Air Itam]], ''Rumah Besar Cheong Fatt Tze'' di bandar, dan [[Kuil Ular]] di [[Bayan Lepas]] merupakan destinasi pelancong yang masyhur. Salah satu daripada [[mercu tanda]] yang utama ialah bangunan [[KOMTAR]], bangunan yang tertinggi di negeri Pulau Pinang dan Utara Semananjung Malaysia.
 
 
==Iklim==