Pulau Pinang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 530:
{{utama|Pelancongan di Pulau Pinang}}
[[Batu Ferringhi]], yang terletaknya di [[pantai]] utara Pulau Pinang, mempunyai banyak [[hotel]] yang moden dan merupakan pantai peranginan yang amat popular. Ramai pelancong juga melawati bandarraya Georgetown, sebuah bandarraya yang bersejarah dan yang mengandungi rumah-rumah pelbagai kaum, termasuk orang Cina Selat, Melayu dan India, yang dibina pada abad kesembilan belas. Bangunan-bangunan kolonial British boleh juga didapati diantara kuil-kuil Cina dan kuil-kuil [[Tamil]] , dan [[masjid]] orang Melayu Islam. Kuil ''Kek Lok Si'' di [[Air Itam]], ''Rumah Besar Cheong Fatt Tze'' di bandar, dan [[Kuil Ular]] di [[Bayan Lepas]] merupakan destinasi pelancong yang masyhur. Salah satu daripada [[mercu tanda]] yang utama ialah bangunan [[KOMTAR]], bangunan yang tertinggi di negeri Pulau Pinang dan Utara Semananjung Malaysia.
 
 
==Tokoh Dan Pemimpin Kelahiran Pulau Pinang==
 
*[[Abdullah bin Ahmad Badawi]]
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (lahir: 26 November 1939; juga dikenali sebagai Pak Lah) merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, mewarisi kepimpinan daripada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
 
*[[Anwar Ibrahim]]
Datuk Seri Anwar bin Datuk Ibrahim Abdul Rahman (lahir 10 Ogos 1947) adalah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu, bertindak sebagai ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia, di atas kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. Di peringkat akar umbi, Datuk Seri Anwar merupakan penasihat Parti Keadilan Rakyat dan ketua umum Pakatan Rakyat.
 
*[[Karpal Singh]]
Karpal Singh Ram Singh atau Karpal Singh (Lahir 28 Jun 1940), ialah seorang ahli politik dan peguam di Malaysia. Beliau sekarang ialah Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan juga sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor, George Town, Pulau Pinang.
 
*[[P. Ramlee]]
Tan Sri Dr. P. Ramlee (1929 - 1973) atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan Singapura.
 
*[[Loh Boon Siew]]
Tan Sri Dato' Loh Boon Siew 1915-1995 juga dikenali sebagai “Mr Honda” merupakan jutawan Pulau Pinang dan pengasas Boon Siew Honda.
 
*[[Nicol Ann David]]
Datuk Nicol Ann David ialah seorang pemain skuasy profesional wanita berbangsa Malaysia yang menjadi wanita Asia pertama yang menduduki tangga #1 dunia dalam sukan skuasy wanita. Beliau pernah memenangi gelaran Terbuka British pada tahun 2005, 2006 dan 2008, dan juga gelaran Terbuka Dunia pada tahun 2005, 2006, 2008, 2009 dan 2010.
 
*[[Lee Chong Wei]]
Datuk Lee Chong Wei lahir pada 21 Oktober 1982 di George Town, Pulau Pinang[1]) ialah seorang pemain badminton professional dari Malaysia yang kini menetap di Bukit Mertajam.[2] Lee merangkul pingat perak di temasya Sukan Olimpik 2008, maka menjadi rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan akhir acara perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan kemarau pingat Olimpik Malaysia sejak tahun 1996.
 
 
 
==Iklim==