Perbezaan antara semakan "George Town, Pulau Pinang"

tiada ringkasan suntingan
'''Georgetown''' (Tamil: ஜார்ஜ் டவுன்) adalah [[ibu negeri]] [[Pulau Pinang]], [[Malaysia]]. Dibuka pada tahun 1786 oleh Kapten [[Francis Light]], Georgetown adalah bandaraya yang ketiga terbesar di Malaysia dengan bilangan penduduk melebihi 700,000 orang. Bandar-bandar [[satelit]] Georgetown termasuklah [[Air Itam]], [[Bayan Lepas]], [[Gelugor]], [[Jelutong]], [[Sungai Dua]], [[Sungai Nibong]], [[Tanjung Tokong]] dan [[Tanjung Bungah]]. [[Zon Metropolitan Georgetown]] yang merangkumi bandar-bandar satelit di Pulau Pinang; [[Butterworth]], [[Kepala Batas]], [[Bukit Mertajam]] dan [[Batu Kawan]] di [[Seberang Perai]]; [[Sungai Petani]] dan [[Kulim]] di [[Kedah]], serta bandar-bandar di utara [[negeri Perak]] dengan penduduk melebihi 2,500,000 orang merupakan meroplitan kedua terbesar di Malaysia selepas [[Lembah Klang]]. Georgetown pernah menjadi bandar raya terpenting di [[Semenanjung Malaysia]] dengan memainkan peranan sebagai pusat kewangan dan pelabuhan, iaitu sebelum pembangunan [[Kuala Lumpur]]. Georgetown adalah bandar raya tertua di Malaysia selepas [[Elizabeth II dari United Kingdom|Ratu Elizabeth II]] memberikan status bandar raya pada 1 Januari 1957. Pihak berkuasa tempatan bagi Bandaraya Georgetown adalah [[Majlis Perbandaran Pulau Pinang]] (MPPP) telah ditubuhkan pada 1976, bagi menggantikan Majlis Bandaraya George Town. Pusat bandar George Town merupakan [[Tapak Warisan Dunia]] UNESCO.
 
Pada asalnya penduduk Melayu yang menjadi penetap awal Georgetown memanggil kawasan ini sebagai "'''Tanjung Penaga'''". Dipercayai nama Tanjung Penaga ini berasal dari tumbuhan [[penaga laut]] (Calophyllum inophyllum), yang juga dikenali sebagai Alexandrian Laurel. Pokok penaga laut dipercayai pernah tumbuh meliar di kawasan itu suatu ketika dahulu.<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0714&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm Utusan Online-Pastikan Warisan Dunia serlahkan warisan Melayu]</ref><ref>[http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2008/7/28/north/21930010&sec=north The Star Online-Penaga Laut trees are back in George Town]</ref>
 
== Geografi ==
Pengguna awanama