Parti Komunis Malaya: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hezery99 (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 115.133.227.241 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Alexbot
Baris 12:
Menerusi [[MPAJA]], bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan lojistik dan perubatan telah diperolehi dari [[United Kingdom|British]]. Dalam tempoh 3 tahun kekuatan tentera [[MPAJA]] dianggarkan sebanyak 7,000 anggota dan tidak hairanlah apabila darurat berlaku pihak [[United Kingdom|British]] dan anggota pasukan keselamatan terpaksa berhadapan dengan kesukaran menghapuskan sekumpulan tentera yang telah dilatih untuk berperang. Manakala dari segi penglibatan negara luar pula, Parti Kuomintang dari China memainkan peranan yang penting untuk menyebarkan perfahaman komunis ke Tanah [[Melayu]]. Cawangan Kuomintang di [[Tanah Melayu]] diharamkan oleh British. Walau bagaimanapun, golongan komunis di [[Tanah Melayu]] menubuhkan Parti Komunis Nanyang tetapi diharamkan pada tahun 1930 kemudian menubuhkan pula Parti Komunis Malaya.
 
Tujuan penubuhan PKM adalah untuk menghalaumenubuhkan Britishsebuah keluarrepublik darikomunis di [[Tanah Melayu]] dan menubuhkan Republik Komunis. Semasa pemerintahan Jepun PKM menubuhkan [[MPAJA]] untuk menentang [[Jepun]]. [[MPAJA]] mendapat sokongan daripada orang Cina[http://ms.wikipedia.org/wiki/Tionghoa].
 
Selepas Jepun menyerah kalah, Parti Komunis Malaya telah mengambil kesempatan untuk berkuasa menerusi gerila-gerila [[MPAJA]] dan melalui beberapa pertubuhan seperti [[Min Yuen]], MRL dan sebagainya. Beberapa siri keganasan dan rusuhan serta pergaduhan antara kaum telah berlaku di [[Tanah Melayu]], terutamanya di bahagian selatan [[Tanah Melayu]]. Akibatnya, orang-orang Melayu mulai bertindak-balas terhadap kekejaman anggota komunis Bintang Tiga, seperti pasukan yang diketuai oleh Panglima Salleh Selempang Merah. Kembalinya British dengan pentadbiran tenteranya (BMA) dalam tempoh yang singkat menyebabkan komunis [[Bintang Tiga]] tidak berjaya mengembangkan pengaruh mereka. Akibat kegagalan komunis Bintang Tiga merampas [[Tanah Melayu]] dengan gerakan bersenjata, telah membawa kepada persetujuan pembubaran tentera [[MPAJA]] dan perletakan senjata api disamping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila terbabit.
 
Bagi meraih simpati, mengindoktrinasi fahaman komunis dan mendapatkan sokongan orang-orang Melayu, pihak Parti Komunis Malaya telah mengasaskanmenguasai [[Parti Kebangsaan Melayu Malaya]] (PKMM) yang diasaskan oleh [[Ahmad Boestamam]] berfahaman kebangsaan dan [[Mokhtaruddin Lasso]] (MPAJA) berfahaman komunisditubuhkan pada 17 Oktober 1945. Parti Komunis Malaya telah menguasai Parti Kebangsaan Melayu Malaya melalui tokoh-tokoh jawatankuasanya yang terdiri daripada [[Mokhtaruddin Lasso]] (Presiden), [[Arshad Ashaari]] (bendahari), [[Rashid Maidin]], [[Abdullah C.D]]. Parti Kebangsaan Melayu Malaya lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.
 
Terbentuknya Persekutuan [[Tanah Melayu]] pada 1 Februari 1948 merupakan kekalahan kepada Parti Komunis Malaya kerana golongan ini telah diketepikan oleh British. Parti Komunis Malaya telah menukar strategi dan mula mencetuskan kegagasan melalui mogok dan rusuhan. Pihak British bertindak balas dengan mengharamkan pemimpin politik daripada mengetuai [[kesatuan pekerja]], dengan itu melemahkan kedudukan komunis Bintang Tiga.