Permainan video: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Desperadowikio (bincang | sumb.)
Desperadowikio (bincang | sumb.)
Baris 9:
==Sejarah==
 
Permainan-permainan yang lalu menggunakan peranti elektronik interaktif denganyang menggunakan pelbagai format paparan. Contoh terawal ialah pada tahun 1947—sebuah "Peranti Hiburan [[Tiub Sinar Katod]]" (''Cathode Ray Tube Amusement Device'') difailkan bagi mendapatkan paten pada 25 Januari 1947 oleh [[Thomas T. Goldsmith Jr.]] dan Estle Ray Mann, dan diisukan pada 14 Disember 1948 sebagai ''U.S. Patent 2455992''.
 
Diilhamkan oleh teknologi paparan radar, ia terdiri daripada peranti analog yang membolehkan pengguna untuk mengawal sebuah dot lukisan vektor di atas skrin untuk mensimulasikan sebuah peluru berpandu dilancarkan terhadap sasaran, yang dilukis di atas skrin.
Baris 16:
* Komputer NIMROD di Festival of Britain
* [[OXO]], sebuah permainan komputer [[tic-tac-toe]] dicipta oleh Alexander S. Douglas untuk EDSAC pada tahun 1952
* ''[[Tennis for Two]]'', sebuah permainan interaktif direka oleh William Higinbotham pada tahun 1958
* ''[[Spacewar!]]'', karya pelajar-pelajar MIT iaitu Martin Graetz, Steve Russell dan Wayne Wiitanen menggunakan sebuah komputer DEC PDP-1 pada tahun 1961.
 
Setiap permainan menggunakan pemaparan yang berbeza: NIMROD menggunakan sejenis panel lampu untuk bermain ''[[Nim]]''. OXO pula menggunakan paparan grafik untuk memainkan tic-tac-toe. ''Tennis for Two'' pula menggunakan osiloskop untuk memaparkan pandangan sisi sebuah gelanggang tenis dan ''Spacewar!'' menggunakan paparan vektor DEC PDP-1 untuk memaparkan dua kapal angkasa bertarung sesama sendiri.
 
Pada tahun 1971, permainan video ''[[Computer Space]]'', hasil karya Nolan Bushnell dan Ted Dabney merupakan permainan video kendalian syiling yang pertama terjual secara komersial. Ia menggunakan televisyen hitam putih sebagai paparan dan sistem komputernya pula menggunakan cip [[TTL]] [[siri 7400]]. Permainan ini pernah ditampilkan di dalam sebuah filem sains-fiksyen Amerika ''Soylent Green''. Pada tahun 1972, ''Computer Space'' disusuli pula oleh ''[[Magnavox Odyssey]]'', juga sebuah konsol permainan video pertama. Selain menggunakan model sebuah konsol prototaip 60-an yang dipanggil "Brown Box" yang dibangunkan oleh Ralph H. Baer juga menggunakan televisyen standard.
 
==Gambaran keseluruhan==