Permainan video: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Desperadowikio (bincang | sumb.)
Desperadowikio (bincang | sumb.)
Baris 23:
Pada tahun 1971, permainan video ''[[Computer Space]]'', hasil karya Nolan Bushnell dan Ted Dabney merupakan permainan video kendalian syiling yang pertama terjual secara komersial. Ia menggunakan televisyen hitam putih sebagai paparan dan sistem komputernya pula menggunakan cip [[TTL]] [[siri 7400]]. Permainan ini pernah ditampilkan di dalam sebuah filem sains-fiksyen Amerika ''Soylent Green''. Pada tahun 1972, permainan ''Computer Space'' dimuatkan ke dalam konsol ''[[Magnavox Odyssey]]'', yang merupakan sebuah konsol permainan video pertama. Ralph H. Baer menggunakan sebuah konsol prototaip yang dipanggil "Brown Box" sebagai model. Ia juga menggunakan televisyen biasa. Ini diikuti dengan dua versi permainan buatan [[Atari]], ''[[Pong]]''; satu versi [[permainan arked|arked]] (1972) dan satu lagi versi [[konsol]] (1975) yang menyebabkan populariti permainan video melonjak naik. Kejayaan komersial ''Pong'' membawa beberapa syarikat lain membangunkan klon ''Pong'' dan sistem permainan mereka sendiri, tercetusnya industri permainan video.
 
==Gambaran keseluruhan==
 
===Pelantar===
Istilah "pelantar" (Bahasa Inggeris: ''"platform"'') merujuk kepada kombinasi tertentu sebuah perkakas elektronik atau komputer, bersama-sama dengan perisian tahap rendah, yang membolehkan sesebuah permainan video untuk beroperasi. Istilah "sistem" juga selalu digunakan. Selain itu, pelantar permainan video yang lebih baru juga dikenali sebagai konsol ''next "gen"'' (generasi akan datang).
 
Dalam penggunaan umum, istilah [[PC|permainan PC]] (''PC game'') merujuk kepada satu bentuk media yang membabitkan seorang pemain berinteraksi dengan sebuah [[PC]] (komputer peribadi) disambungkan dengan [[video monitor]] resolusi tinggi. "[[konsol|Permainan konsol]]" dimainkan di sebuah peranti elektronik khas yang disambungkan ke sebuah [[TV]] biasa atau [[video monitor]] komposit. Peranti permainan "[[permainan video mudah alih|mudah alih]]" ("''handheld''") merupakan sebuah peranti elektronik yang mudah alih dan boleh dipengang oleh tangan pengguna. "[[Permainan arked]]" secara umumnya merujuk kepada sebuah permainan yang dimainkan di sebuah jenis peranti elektronik khas yang biasanya direka untuk memainkan satu permainan sahaja dan disalutkan ke dalam kabinet khas. Perbezaan setiap pelantar tidaklah begitu ketara dan mungkin terdapat beberapa permainan yang menggunakan satu platform atau lebih. Terdapat juga sesetengah peranti yang mempunyai skrin berkebolehan untuk menyampaikan permainan tetapi bukan mesin permainan video yang khusus (contohnya telefon bimbit, kalkulator saintifik dan ''touch screen'').
 
== Lihat juga ==