Solstis Musim Sejuk(Dong Zhi): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mencipta laman baru dengan kandungan 'SOLSTIS MUSIM SEJUK Solstis musim sejuk merupakan perayaan tradisional penting bagi negara China dan juga terdapat banyak tempat yang mempunyai adat meraya...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 13:57, 21 Disember 2011

SOLSTIS MUSIM SEJUK

Solstis musim sejuk merupakan perayaan tradisional penting bagi negara China dan juga terdapat banyak tempat yang mempunyai adat merayakan Solstis musim sejuk.Solstis Musim Sejuk atau lebih dikenali sebagai "Dong Jie","Chang Zhi Jie" dan "Ya Sui".Seawal 2500 tahun yang lalu,Tugui telah digunakan untuk memerhatikan matahari dan kedatangan musim sejuk.Masa yang telah ditetapkan ialah di antara 22 atau 23 Disember dalam kalender moden setiap tahun.

 Di hemisfera utara,Musim Solstis Sejuk merupakan hari yang mempunyai siang yang paling pendek dan malam yang terpanjang,tetapi siang akan menjadi semakin panjang dari hari ke hari seterusnya.Selepas Solstis Musim Sejuk,iklim di mana-mana tempat akan memasuki tahap yang paling sejuk.
 Menurut penentuan astronomi moden,matahari mengarah ke selatan dan menjadikan siang di hemisfera utara terpendek dan malam terpanjang semasa Solstis Musim Sejuk.
 Pada zaman dahulu di China,Perayaan Solstis Musim Sejuk dan Tahun Baru Cina boleh dikatakan sama penting.Perayaan ini juga mempunyai adat tersendiri untuk merayakan Solstis Musim Sejuk.Selepas Solstis Musim Sejuk,siang akan menjadi semakin panjang,di mana ia dianggap sebagai permulaan kitar suria dan merupakan hari bertuah yang harus diraikan.
 Kini,terdapat sesetengah tempat yang menyembelih kambing,makan ladu dan makan wantan sebagai adat.Selain itu,mereka yang meraikan perayaan ini juga akan menyembah nenek moyang masing-masing.
 Terdapat lagenda yang mengenai Solstis Musim Sejuk,antaranya ialah Solstis Musim Sejuk dikatakan memounyai adat makan daging anjing sejak Dinasti Han.Menurut lagenda,Maharaja Han iaitu Liu Bang telah merasai daging anjing rebus lazat yang disediakan oleh Fan Kuai semasa Solstis Musim Sejuk.Setelah itu,rakyat menjadikan amalan memakan daging anjing sebagai adat ketika musim sejuk.Rakyat kini juga memakan daging kambing da pelbagai jenis makanan berkhasiat sebagai petanda baik ketika Solstis Musim Sejuk.

Selain itu,lagenda lain ialah di selatan Sungai Yangtze,terdapat adat memakan pulut kacang merah dengan seluruh ahli keluarga pada malam musim sejuk.Menurut lagenda,terdapat seorang yang bernama Gong Gong yang mempunyai seorang anak yang sangat jahat.Anaknya telah meninggal dunia pada hari Solstis Musim Sejuk,tetapi dia telah menjadi hantu dan terus mengganggu orang ramai selepas kematiannya.Walaubagaimanapun,hantu ini amat takut pada kacang merah,oleh itu,bermulanya adat memasak pulut kacang merah untuk menghalau hantu pada hari tersebut.

 Semua keluarga akan berasa sangat gembira apabila meraikan Solstis Musim Sejuk.