Perbezaan antara semakan "Zaman Kegemilangan Islam"

Pada tahun [[1206]], [[Genghis Khan]] mengasaskan sebuah [[dinasti]] yang kuat di kalangan orang-orang [[Mongol]] di [[Asia Tengah]]. Semasa [[abad ke-13]], [[Empayar Mongol]] ini menaklukkan kebanyakan tanah Eurasia, termasuk kedua-dua negara [[China]] di timur dan kebanyakan kekalifahan Islam lama (termasuk juga [[Rusia]]) di barat selepas [[Perang Baghdad (1258)|serangan Baghdad]] oleh [[Hulagu Khan]] pada tahun [[1258]]. Kemudian, pemimpin-pemimpin Mongol seperti [[Timur (orang Mongol)|Timur]] memusnahkan banyak kota, membunuh beratus-ratus ribu orang, dan melakukan kemusnahan yang tidak dapat dipulihkan terhadap sistem-sistem [[pengairan]] kuno di [[Mesopotamia]]. Tanah-tanah Muslim yang ditaklukkan oleh orang-orang Mongol kini menghadapi timur laut ke laluan daratan ke China, dan tidak lagi menghadapi [[Mekah]].
 
Akhirnya, kebanyakan orang Mongol yang menetap di Asia barat memeluk Islam dan banyaknya diasimilasikan oleh berbagai-bagai orang Muslim [[Iran]] atau [[Turki]]. (Umpamanya, [[Ulugh Beg]], salah seorang ahli [[astronomi]] awal yang terunggul, ialah cucu lelaki kepada Timur.) [[EmpayarKerajaan Otoman]]Turki Uthmaniyah bangkit dari abu-abu tetapi secara teori, Zaman Keemasan sudah tamat.
 
== Sudut pandangan bertentangan ==
86

suntingan