Zaman Kegemilangan Islam: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Rizius (bincang | sumb.)
Rizius (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 57:
Ketua sesebuah keluarga diberi kuasa dalam pengurusan rumah tangganya tetapi kadi atau hakim boleh membincangkan dan menyelesaikan masalah dalam isu permasalahan sesama keluarga dan dengan keluarga lain. Dua wakil kanan kuasa perbandaran ialah kadi dan muhtasib. Mereka bertanggungjawab atas kebanyakan isu termasuklah kualiti bekalan air, penyelengaraan jalanraya, mengawal peletusan wabak penyakit, mengawasi pasar-pasar, dan pelaksanaan upacara pengebumian.
 
Lagi satu aspek kehidupan bandar Islam ialah wakaf, sesuatu amal kebajikan keagamaan yang terus berurusan dengan kadi dan imam. Melalui derma, kebanyakan tempat mandi awam dan kilang dibina dan hasilnya digunakan untuk membiayai pendidikan serta membekalkan pengairan untuk dusun luar bandar. Mengikuti pengembangan,sistem ini diperkenalkan kepada masyarakat Eropah Timur oleh [[Empayar Turki Uthmaniyah|Kerajaan Turki Uthmaniyah]].
 
{{terjemahan}}
Baris 94:
Pada tahun [[1206]], [[Genghis Khan]] mengasaskan sebuah [[dinasti]] yang kuat di kalangan orang-orang [[Mongol]] di [[Asia Tengah]]. Semasa [[abad ke-13]], [[Empayar Mongol]] ini menaklukkan kebanyakan tanah Eurasia, termasuk kedua-dua negara [[China]] di timur dan kebanyakan kekalifahan Islam lama (termasuk juga [[Rusia]]) di barat selepas [[Perang Baghdad (1258)|serangan Baghdad]] oleh [[Hulagu Khan]] pada tahun [[1258]]. Kemudian, pemimpin-pemimpin Mongol seperti [[Timur (orang Mongol)|Timur]] memusnahkan banyak kota, membunuh beratus-ratus ribu orang, dan melakukan kemusnahan yang tidak dapat dipulihkan terhadap sistem-sistem [[pengairan]] kuno di [[Mesopotamia]]. Tanah-tanah Muslim yang ditaklukkan oleh orang-orang Mongol kini menghadapi timur laut ke laluan daratan ke China, dan tidak lagi menghadapi [[Mekah]].
 
Akhirnya, kebanyakan orang Mongol yang menetap di Asia barat memeluk Islam dan banyaknya diasimilasikan oleh berbagai-bagai orang Muslim [[Iran]] atau [[Turki]]. (Umpamanya, [[Ulugh Beg]], salah seorang ahli [[astronomi]] awal yang terunggul, ialah cucu lelaki kepada Timur.) [[Empayar Turki Uthmaniyah|Kerajaan Turki Uthmaniyah]] bangkit dari abu-abu tetapi secara teori, Zaman Keemasan sudah tamat.
 
== Sudut pandangan bertentangan ==