Kereta kebal dalam Perang Dunia Kedua: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 18:
Sungguhpun sesetengah kereta kebal [[Itali]] ("[[Carro Armato]]") agak moden pada tahun 1939, menjelang sebahagian awal perperangan Itali ia menjadi lapuk sepenuhnya. [[kereta kebal P 40|kereta kebal berat P 40]] yang bersenjata dan berperisai lebih baik tidak pernah berkhidmat dengan tentera Itali, sungguhpun beberapa darinya telah diambil oleh Jerman.
 
[[Kereta kebal Jepuntentera Jepun‎]] digunakan semasa pencerobohan China sebelum Perang Dunia Kedua termasuk semasa kempen Timur Jauh sejak tahun 1941. Kerana China dan pihak Berikat memiliki pasukan berperisai yang sedikit pada masa itu kenderaan Jepun agak mencukupi, lebih-lebih lagi adalah kerana peranan utama mereka sebagai sokongan tembakan tentera pejalan kaki dan bukannya operasi kereta kebal melawan kereta kebal. Bagaimanapun, apabila arus bertukar terhadap pihak Jepun,kenderaan berperisai yang sama terbukti amat-amat lemah berbanding dengan kereta kebal pihak berikat yang lebih baik seperti M4 Sherman, dan sebahagian besar kereta kebal Jepun ditempatkan sebagai kotak kubu digali atau artileri kekal.
 
==Poland==
Baris 207:
[[Image:Type 95 (AWM 097336).jpg|thumb|left|Kreta kebal Type 95 Ha-Go milik Regimen Berperisai ke-8 IJA, Rabaul]]
 
Sebagaimana Tentera Amerika Syarikat yang menggunakan kereta kebal [[Perancis]] dan [[United Kingdom|British]] semasa [[Perang Dunia Pertama]]), Tentera Imperial Jepun tidak memiliki kereta kebalnya sendiri semasa Perang Dunia Pertama, jadi pada awalnya ia mula dengan membeli kereta kebal asing bagi penilaian semasa perang Dunia Pertama, dan kemudiannya mula membangunkan reka bentuknya sendiri. Sebagaimana kebanyakan negara lain, Jepun pada mulanya tidak menerima kereta kebal sepenuhnya, kerana ia tidak memiliki tradisi kalavari. Kalavari digunakan bagi meninjau di kawasan desa bergunung-ganang, dan pada awalnya, sebagaimana kebanyakan tentera lain, reka bentuk pertama terhad oleh peranan kereta kebal sebagai sokongan bagi tentera pejalan kaki. Diilhamkan dari reka bentuk Eropah, program [[kereta kebal Jepuntentera Jepun‎]] mereka dan mengembangkan kereta kebal yang membantu kempen mereka di China dan [[Nomonhan]] menentang [[Soviet Union]], sebelum Perang Pasifik. Mereka memperkenalkan banyak ciptaan ketika mereka membina reka bentuk mereka, termasuk sistem gantungan bell-crank, pertama dalam kereta kebal afimbia, dan penggunaan [[enjin diesel]] kerana ia sukar terbakar berbanding enjin minyak biasa yang sedang digunakan masa itu. Jeneral Jepun membuat kesilapan dalam penilaian kereta kebal yang digunakan menentang China, sebuah negara yang tenteranya hanya memiliki tiga batalion kereta kebal, dan sedikit senjata anti kereta kebal.
[[Image:Type 97 (AWM P00001-361).jpg|thumb|left|Kereta kebal kecil Type 97 Te-Ke Jepun di New Britain.]]
 
Pada tahun 1937, Jepun memiliki 1,060 kereta kebal dalam 8 regiment, kebanyakannya direka bagi dan digunakan untuk peranan menyokong tentera pejalan kaki. Tetapi tumpuan ini menyebabkan IJA tanpa kereta kebal yang mampu menangani kereta kebal yang lain, kekurangan yang dibuktikan dengan menyerlah semasa [[pertempuran Khalkin-Gol]] (juga dikenali sebagai [[Nomonhan]]), kekalahan mutlak yang dikenakan oleh tentera Russi di sempadan Mongol pada tahun 1939. Ini terbukti membawa maut kemudian, apabila mereka berhadapan dengan generasi baru kereta kebal Berikat, kerana kebanyakan model Jepun hanyalah berperisai ringan dengan meriam yang kecil. Dengan keutamaan keluli digunakan oleh Tentera Laut Imperial jepun dan Pasukan Udara, Tentera Jepun hanya mendapat bahan yang tinggal bagi kereta kebalnya. Dengan itu kenderaan dengan reka bentuk tahun 1930-an terus dihasilkan secara pukal dan amaran dari kekalahan di Khalkin-Gol lambat disedari. Menjelang tahun 1940 mereka memiliki pasukan kereta kebal kelima terbesar di dunia, di belakang Soviet Union, [[Perancis]], [[Britain]] dan [[Jerman]], tetapi ketinggalan di belakang kereta kebal berat dan serdahana. Selepas tahun 1941, dengan tumpuan baru bagi membina kapal perang dan kapal terbang, dan dengan kemasukan Amerika Syarikat dalam pertelingkahan, kepentingan bertukar arah kepada senjata yang lebih menyokong perperangan laut; menyerang merentasi Pasifik, dan melindungi Empayar dari kemaraan tentera [[Amerika Syarikat]].
 
[[Image:Chi-Nu 4th Tank Division.JPG|right|thumb|Tentera Imperial Jepun Division Berperisai ke-4 dengan kereta kebal Jenis 3 Chi-Nu]]