Perbezaan antara semakan "Istana Negara, Jalan Istana"

Pada 1980, Istana Negara telah mengalami pengubahsuaian yang besar bagi kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong dengan penambahan Balairong Seri Utama iaitu tempat singgahsana diletakkan. Itu adalah kali pertama singgahsana diletakkan di Istana Negara yang sebelumnya pertabalan Yang di-Pertuan Agong diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang. Singgahsana baru telah dibina di bawah pengelolaan arkitek Jabatan Kerja Raya Kapten David Wee yang berasaskan alat kebesaran diraja. Ia digunakan pertama kalinya ketika pertabalan [[Sultan]] [[Pahang]] [[Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar|Sultan Haji Ahmad Shah Sultan Abu Bakar]] sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-7 pada tahun 1980. Selain istiadat pertabalan, Balairong Seri juga digunakan bagi santapan rasmi, istiadat keputeraan, istiadat pengurniaan bintang-bintang kebesaran dan keagamaan.
[[Imej:Raptai Agong 13.jpg|Balairong Seri kini.|200px|thumb|right]]
===Kemudahan lain===
 
Istana Negara turut mempunyai singgahsana kecil di aras satu untuk baginda menerima dan menyerahkan surat perlantikan kepada [[duta]] dan [[pesuruhjaya tinggi]]. Yang di-Pertuan Agong menggunakan Bilik Duta di aras bawah untuk berinteraksi dengan duta dan pesuruhjaya tinggi yang baru. Di sini jugalah [[Perdana Menteri Malaysia|Perdana Menteri]] atau [[Timbalan Perdana Menteri Malaysia|Timbalan Perdana Menteri]] mengadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mempengerusikan mesyuarat [[Kabinet Malaysia|Kabinet]] mingguan pada hari [[Rabu]].
650

suntingan