Zaman Kegemilangan Islam: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tearfate (bincang | sumb.)
Tearfate (bincang | sumb.)
Baris 61:
Apabila semua asas agama kepada semua kepercayaan berasaskan cukai kecuali dalam dunia Islam, rakyat perlu membayar cukai kepada majlis pembandaran, askar kepada pemerintah tertinggi dan tuan tanah kepada bendahari negeri. Cukai juga dikenakan keatas lelaki bujang sehingga dia berkahwin. Berbeza dengan zakat, zakat merupakan derma kebaikan yang wajip terhadap seseorang Muslim kepada golongan-golongan tertentu, manakala orang bukan Islam perlu membayar jizya, seperti cukai kepala.
 
Binatang ternakan yang dibawa ke bandar untuk penyembelihan dihadkan pada kawasan di luar bandar sahaja, kerana industri ini dilihat sebagaidianggap kotor. Manakala, barang berharga diletakan berdekatan dengan pusat bandar. Hal ini menyebabkan penjual buku dan tukang besi tertumpuh dekat dengan masjid utama di pusat bandar.
 
Persatuan-persatuan tidak diiktiraf secara rasmi pada kota Islam zaman pertengahan. Urusan perdagangan dikawal-selia oleh penyelia yang diiktiraf oleh majlis pembandaran. Setiap urusan perdagangan dijalankan dengan identiti tersendiri, ahli-ahlinya akan mengunjungi masjid yang sama, dan berhidmat bersama dalam ketenteraan. Hamba pula kadang-kala diupah dalam perladangan tebu gula dan perlombongan garam, walaubagaimanapun terdapat juga hamba yang diupah lebih kepada menjadi pembantu dirumah atau profesion askar upahan.
 
Teknologi dan perindustrian pada tamadun Islam dibangunkan dengan amat maju sekali. Teknik [[penyulingan]] yang telah membantu meningkatkan mutu industri minyak wangi, terdapat juga bahan [[kimia]] sepuh [[seramik]] juga dibuat dengan giat untuk bersaing dengan seramik-seramik yang diimport daripada China. Pendekatan saintifik dalam bidang kaji logam untuk memudahkan mengadaptasi dan meningkatan mutu teknologi besi daripada [[India]] dan China. Eksport utama terdiri daripada perusahan dan perkilangan barangan mewah, seperti ukiran kayu, logam dan kaca, [[tekstil]], dan seramik.
 
Sistem kontrak telah digunakan oleh pedagang-pedagang dengan efektif. Pedagang akan membeli dan menjual untuk [[komisen]], dengan wang yang dilaburkan kepada mereka oleh pelabur-pelabur yang kaya, atau perkongsian perlaburan bersama beberapa pedagang, yang terdiri daripada [[Muslim]], [[Nasrani]], dan [[Yahudi]]. Dalam pada itu, dokumen-dokumen telah ditemui dalam tinggalan sinagog orang mesir yang menyatakan dengan terperinci tentang pedagang-pedagang dan kehidupan manusia yang gemilang pada zaman pertengahan di timur tengah. Perkongsian perniagaan dipupuk untuk tujuan usaha perniagaan [[komersial]], dan ikatan kekeluargaan telah membolehkan rangkaian urusan perniagaan yang luas di tempat-tempat yang jauh. Rangkaian ini dibangunkan semasa wang boleh didebitkan di Baghdad dan dikreditkan di [[Sepanyol]], daripada hal ini, sistem cek telah wujud sehingga hari ini. Setiap kali barangan melalui bandar, barangan akan dikenakan cukai, hal ini meningkatkan harga barang dengan tinggi sebelum tiba ke destinasi akhir. Walaubagaimanapun, dalam dunia Islam ketika itu, umat Islam mempunyai sumber yang mencukupi tanpa bergantung kepada pasaran luar pada zaman keemasan Islam.
 
Pengangkutan adalah mudah tetapi sangat efektif. Setiap bandar terdapat tempat diluar gerbang masuk untuk haiwan dihimpunkan, iaitu tempat pusat membeli-bela atau pasaraya di bandar dengan kemudahan gudang-gudang yang selamat, terdapat juga kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk pedagang-pedagang di bandar, disamping tempat-tempat untuk berurus niaga di sepanjang jalan perdagangan seperti rumah penginapan zaman pertengahan.
 
Selain itu daripada [[sungai Nil]], [[sungai Tigris dan Euphrates]], menavigasi sungai adalah susah, maka pengangkutan adalah tertumpu kepada pengangkutan laut. Sains-sains navigasi telah dimajukan untuk sekstan yang asas yang dikenali sebagai kawal untuk mengukur ketinggian bintang dan kompas magnet. Dengan penggunaan semua kelengkapan ini dengan bantuan [[peta]], pelayar dapat melayari lautan berbanding daripada pelayaran sebelum ini yang hanya tertumpu pada persisiran pantai. Pelayar Muslim juga telah perkenalkan kapal layar bertiang tiga kepada penduduk [[Mediterranean]]. Menurut fakta, kapal layar (caravel) [[Christopher Columbus]] iaitu seorang penjelajah dan pelayar berbangsa Italy sebenarnya direka bentuk mengikut rekaan kapal layar orang Islam Andalusia. Terusan buatan untuk menghubunkan sungai Nil dengan Teluk Suez telah dibina, dan sebaliknya terusan ini juga menghubungkan laut merah dengan Mediterranean walaupun terusan ini naiki lumpur beberapa kali.
 
Mengikut tradisi, nabi Muhammad s.a.w. telah bernasihat kepada umatnya supaya "menuntut ilmu biarlah sampai ke negeri China". Tidak lama selepas kewafatan nabi Muhammad s.a.w., iaitu ketika zaman keemasan Islam, bahawa telah wujud pengembaraan dan penghijrahan ke tempat yang jauh.