Tidung: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 202.75.62.10 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh 203.82.95.20
Baris 13:
==Sejarah Masyarakat Tidung==
 
Mengikut sejarah, masyarakat Tidung wujud ini kawasan ini sejak zaman dahulu lagi. Mereka adalah etnik Muslim dan menggunakan bahasa Melayu untuk berkomunikasi dengan entiti masyarakat lain di sekitarnya seperti masyarakat '''Sungai''' ( Beluran dan Labuk ), masyarakat '''Suluk''' ( Lahad Datu dan Tungku ), '''masyarakat Idahan''' ( Silam dan Madai ), masyarakat '''Bajau''' ( Semporna dan Omadil ), masyarakat '''Bulungan''' ( Tanjung Selor), masyarakat '''Banjar''' ( Banjarmasin ), masyarakat '''Kutai''' dan masyarakat '''Berau''' yang merupakan penghuni asal di daerah Borneo Timur. Dalam catatan sejarah, sekitar tahun 1800an, terdapat beberapa buah kerajaan Kesultanan Melayu Islam yang wujud di Kalimantan Timur seperti Kesultanan Bulungan ( Sultan Kaharuddin I ) di Tanjung Palas, Kerajaan Tidung Tengara ( Amiril Pengiran Tadjuddin ) di Tarakan, Kesultanan Kutai, Kesultanan Berau, Kesultanan Paser (Sultan Sulaiman Alamsyah) di Balik Papan dan Kesultanan Banjar ( Sultan Tamjidullah II ).
 
Masyarakat Tidung dahulu kala tinggal di sepanjang sungai-sungai di pertengahan Borneo Timur hingga sejauh ke utara di Batu Tinagat berdekatan Tawau. ( Henry Roth : 1896 ). Bukti jelas kewujudan bangsa Tidung adalah yang terawal di kawasan daerah Tawau ialah nama tempat yang dinamakan menggunakan panggilan dalam bahasa Tidung seperti nama '''Tinagat''' yang bermaksud 'tebang' dan '''Membalua''' yang bermaksud 'hantu'. Mungkin kerana dulunya di Batu Tinagat ( Kampung Batu Payung ) ini adalah kawasan hutan tebal yang perlu ditebang dan Kampung Membalua pula dulunya dianggap kawasan berhantu. '''Tawau''' sendiri dipercayai dinamakan menggunakan panggilan dalam bahasa tidung yang bermaksud 'mata pancing'.