Jang Keun-suk: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Baris 33:
 
==Karier==
Jang Keun-Suk pertama kali berlakon dalam sitkom HBS 1997 "Selling Happiness" (Haengbokeul Pabmoda). Dia kemudian terus bekerja di tv sebagai pelakon kanak-kanak. Semasa berada di sekolah menengah rendah, Keun-Suk mendengar muzik penyanyi pop Jepun [[Ken Hirai]]. Dia cukup terpengaruh dengan kumpulan-kumpulan muzik ini sehingga dia mula belajar sendiri bahasa Jepun. Semasa berada di sekolah menengah atas, Keun-Suk went memasuki sekolah di New Zealand untuk mempelajari bahasa Inggeris dan Jepun. Berkat pengajiannya di New Zealand, dia mampu bertutur secara kasual dalam kedua-dua bahasa itu. Meskipun Keun-Suk meneruskan pengajiannya di New Zealand, satu tawaran kerja menyebabkannya kembali ke Korea Selatan dan memegang satu watak dalam sitkom MBC yang popular ''[[Nonstop 4]]''. Setelah berlakon dalam ''Nonstop 4'', Keun-Suk menjadi orang merosot dan merasakan lakonannya tidak cukup bagus. Dia kemudian memutuskan untuk menumpukan dirinya menjadi pelakon sebenar. Pada tahun 2005, lakonan Keun-Suk bagi watak anak presiden dalam drama SBS ''Lovers In Prague'' menjadi mendapat sambutan ramai dan amat diiktiraf oleh peminat drama.
Jang paling dikenali kerana memegang watak Kim Eun-ho, kekasih [[Hwang Jin-yi]] dalam drama ''[[Hwang Jin-i (Siri TV)|Hwang Jin-i]]'', dan juga membintangi drama [[Korean Broadcasting System|KBS]], Hong Gil-dong, sebagai Putera Lee Chang-hwi. Dia juga kebelakangan ini memperoleh pengiktirafan lanjut kerana memegang watak Kang Gun Woo dalam drama "[[Beethoven Virus]]" dan watak Hwang Tae-kyung dalam ''[[You're Beautiful (Siri TV)|You're Beautiful]]''. Dia juga merupakan salah seorang pelakon yang muncul dalam penggambaran "Kolon Christmas Photo Shoot" pada tahun 2008, bersama-sama pelakon-pelakon gandingan seperti [[Joo Jin Mo]], [[Song Il-gook]], [[Ko Soo]], dan Park Jae-jung<ref>[http://www.youtube.com/watch?v=yUEHXU2YYVE&NR=1 YouTube: Kolon Christmas Photo Shoot]</ref>. Walaupun dia menyanyi untuk beberapa dramanya, dia tidak mengeluarkan sebarang muziknya sendiri: kecuali beberapa buah lagu untuk iklan-iklan seperti "Black Engine" untuk sebuah syarikat seluar jeans, dan "Touch Holic" dan "Just Drag" untuk beberapa peranti skrin sentuh yang baru.
 
== Filmografi ==