Bendera Iran: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Pejuang bahasa (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Pejuang bahasa (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 3:
Bendera [[Iran]] pada masa sekarang diperkenalkan selepas [[Revolusi Iran]] pada [[29 Julai]], [[1980]]. Pertukaran bendera ini mencerminkan perubahan dalam negara Iran selepas revolusi itu.
 
Bendera ini terdiri daripada tiga jalur iaitu jalur hijau di atas sekali, jalur putih di tengah dan jalur merah di bawah. Ini merupakan rekaan asal bendera Iran yang telah digunakan sejak awal abad ke-20. Warna Hijau itu melambangkan warna Islam dan warna ini digunakan di negara-negara Islam lain seperti [[Pakistan]]. Perubahan lain yang dilakukan selepas revolusi Iran ialah menggantikanpenggantian simbol di tengah-tengah bendera ini.
 
Di tengah-tengah bendera Iran hari ini, terdapat ukiran geometrik yang simetrik yang diubahsuai daripada perkataan [[Allah]]. Ianya direka oleh [[Hamid Nadimi]] dan diluluskan oleh [[Ayatollah Khomeini]] pada [[9 Mei]], [[1980]]. Simbol ini terdiri daripada empat bulan sabit dan sebatang pedang. Empat bulan sabit dan pedang itu membentuk perkataan [[Allah]]: dari kanan ke kiri, bulan sabit pertama adalah 'Alif', kedua ialah 'Lam' , pedang di tengah-tengah melambangkan 'Lam' kedua, bulan sabit ketiga dan keempat membentuk 'Hah'. Di atas pedang ituini pula terdapat tanda ''[[tashdid]]''. Pedang ituini turut melambangkan kekuatan dan kedaulatan [[Iran]]. Lambang ini seakan-akan membentuk bunga tulip merah, dan ianya dipilhdipilih bagi mengingati korban pemuda-pemudi Iran dalam mempertahankan Iran dalam peperangan.
 
Perubahan lain yang diperkenalkan ialah ukiran tulisan berwarna putih di sepanjang bawah jalur hijau dan di sepanjang atas jalur merah. Tulisan ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah takbir ''[[Allahu Akbar]]'': Allah Maha Besar. Ianya di ulang sebanyak 22 kali, 11 di atas dan 11 di bawah. Angka 22 ini bermaksud hari ke 22 dan bulan ke 11 mengikut kalender [[Bahman]] ([[Kalender Parsi]]) , tarikh dimana Revolusi Iran terjadi (22 Bahman 1357 = [[11 Februari]], [[1979]]).