Cashis: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Keosintal (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{infobox musical artist | name = Cashis | image = | background = solo_singer | birth_name = Ramone Johnson | Born...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 09:01, 8 Januari 2012

Ramone Johnson, lebih dikenali dengan nama pentas Cashis (seringkali digayakan sebagai Ca$his), merupakan seorang penyanyi rap dari Amerika yang telah dilahir dan dibesarkan di Chicago, tetapi berpindah ke Irvine, California. Beliau ditampilkan dalam album kompilasi Eminem Presents: The Re-Up terbitan Shady Records dan melancarkan county Hound EP pada tahun 2007. Pada Ogos 2011 dalam sebuah mixtape terbitannya iaitu Roof Top Vol:1, Cashis mendedahkan dalam trek pembukaan bahawa beliau meninggalkan label rakaman Shady Records tetapi kekal bersama-sama Bogish Brand Entertainment.

Cashis
Nama lahirRamone Johnson
Berasal dariOrange County, California, US
GenreRap, west Coast hip hop, gangsta rap
PekerjaanPenyanyi rap, penulis lirik
Tahun aktif2003–kini
Syarikat rakaman
Bogish Brand Entertainment, Shady Records
Pengkarya berkait
Young De, Eminem, 50 Cent, Lloyd Banks Bobby Creekwater, Obie Trice, Stat Quo
Laman sesawang
cashisonline.com

Biografi

Cashis menubuhkan sebuah kumpulan iaitu The Renegadez bersama-sama H-Bone dan Monique (yang juga merupakan ibu kepada salah seorang daripada sebelas anaknya). Mereka menghantar pita demo kepada label shady Records milik Eminem dengan berharap dapat ditawarkan kontrak rakaman. Monique telah dibunuh pada 1999.

Pada tahun 2004, Cashis diangkat sebagai "raja rap Orange County" dan telah menarik perhatian A&R Shady Records, Dart Parker yang mengambil bakat muda ini