Perbezaan antara semakan "Pop yeh-yeh"

5 bait dibuang ,  14 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
Pada kebiasaannya, kumpulan gitar rancak atau dipendekkan gelarannya menjadi '''kugiran''' ini mempunyai empat anggota yang berperanan sebagai penyanyi, selain pengendali empat alat muzik iaitu tiga [[gitar]] elektrik dan [[dram]]. Ada di antaranya ditubuhkan di [[Singapura]] dan tidak kurang juga di [[Malaysia]].
 
Perkembangan kugiran mendorong kewujudan banyak syarikat rakaman di [[Singapura]] sekitar 60-an, banyak lagu yang dirakamkan ke piring hitam dan dikomersilkan.
 
Antara penyanyi yang mencipta namanya pada ketika itu termasuklah [[A Ramlie]], [[Jeffrydin]], [[Adnan Othman]], [[J Kamisah]], [[Ahmad Jais]], [[M Osman]], [[Hussien Ismail]], [[A Halim]], [[S Jibeng]] dan [[L Ramlie]].
Kegemilangan pop yeh-yeh mula merosot pada 1971. Semenjak kemerosotan irama pop yeh-yeh. pusat perkembangan muzik Melayu mulai beralih dari Singapura ke Kuala Lumpur.
 
Banyak penggubah lagu, penulis seni kata, penyanyi, penerbit album dan muzik mula bertandang bukan sahaja di [[Kuala Lumpur]], malah beberapa bandar lain termasuk [[Johor Bahru]][ serta [[Ipoh]] untuk mengambil peluang dari perkembangan muzik [[Melayu]] yang semakin rancak berubah.
24,303

suntingan