379 SM: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Escarbot (bincang | sumb.)
k robot Adding: la:379 a.C.n.
Tiada ringkasan suntingan
Baris 20:
dn3=340-an SM|
}}
<br><br><br><br clear=all>
 
==Peristiwa==
===Mengikut tempat===
 
====Yunani====
 
{{portal|Yunani|Coat of arms of Greece.png}}
* [[Sparta]] menumpaskan Liga Chalcidice dan mengenakan syarat-syarat yang menyebelahi Raja [[Amyntas III dari Macedon]].
* Sebuah kumpulan orang buangan Thebes yang diketuai oleh [[Pelopidas]] menyeludup masuk ke dalam kota [[Thebes, Greece|Thebes]], dan membunuh pemimpin-pemimpin kerajaan pro-Sparta. [[Epaminondas]] dan [[Gorgidas]] mengetuai sekumpulan pemuda untuk memecah masuk ke gedung senjata kota dan selepas merampas senjata-senjata itu, mereka mengepung tentera Sparta di [[Cadmea]] dengan bantuan daripada seangkatan askar [[hoplit]] [[Athens]]. Dalam Perhimpunan Thebes pada hari yang berikut, Epaminondas dan Gorgidas membawa Pelopidas dan askar-askarnya ke hadapan para hadirin dan menggesa penduduk-penduduk Thebes supaya berjuang untuk kebebasan mereka. Para hadirin perhimpunan itu membalas dengan menyanjung Pelopidas dan askar-askarnya sebagai pembebas. Takut akan dibunuh, garison Sparta menyerah kalah dan dipindahkan. Orang-orang Thebes daripada puak pro-Sparta juga dibenarkan menyerah tetapi mereka kemudian menjalani hukuman mati.
* Thebes dapat menubuhkan semula gabungan Boeotia lama dalam bentuk demokrasi yang baru. Kota-kota [[Boeotia]] bersatu sebagai sebuah persekutuan, dengan sebuah [[Boeotark]] (badan eksekutif) yang terdiri daripada tujuh orang jeneral yang dipilih daripada tujuh buah daerah di seluruh Boeotia.
 
==Kelahiran==