Taming Sari: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh Keris Antik (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Luckas-bot
Tiada ringkasan suntingan
Baris 5:
Sebagai menghargai kejayaan Hang Tuah itu, Betara Majapahit telah menganugerahkan keris itu kepada Hang Tuah. Keris ini dikenali sebagai "Keris Taming Sari" dan telah dibawa pulang ke [[Melaka]]. Keris yang sama juga telah digunakan oleh [[Hang Jebat]] untuk menderhaka [[Sultan Melaka]]. [[Hang Jebat]] juga dikatakan kebal kerana memiliki keris Taming Sari. Dalam pertarungannya yang terakhir dengan Hang Tuah, keris Taming Sari telah berjaya dirampas semula oleh Hang Tuah yang kemudiannya menikam mati Hang Jebat.
 
Selepas kejatuhan empayar [[Melayu Melaka]], tidak lagi diketahui ke mana perginya keris Taming Sari ini. Pelbagai kisah dan [[mitos]] tersebar mengenai keris ini. Ada yang mengatakan bahawa [[keris]] ini telah hilang bersama-sama Hang Tuah di [[Hulu Muar]] selepas Hang Tuah gagal membawa pulang [[Puteri Gunung Ledang]] untuk Sultan Melaka. Ada pula yang percaya bahawa keris Taming Sari telah dibawa ke [[Perak]] dan disimpan oleh keturunan [[rajaSultan Perak|Raja-raja Perak]].