Anwar Sadat: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
WikitanvirBot (bincang | sumb.)
k r2.7.1) (bot menambah: bcl:Anwar Sadat
Haji jamaluddin (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 18:
}}
 
'''Anwar Sadat''' lahir ([[25 Disember]] [[1918]]—[[6 Oktober]] [[1981]]) merupakan ahli politik [[Mesir]] dan Presiden [[Mesir]] ke-3 dari 1970 sehingga 1981. Beliau memulakan tugas sebagai Presiden Mesir dari 15 Oktober 1970 sehingga hari pembunuhan beliau pada 6 Oktober 1981 akibat serangan daripada pegawai tentera yang fundamentalis. Selama 11 tahun memerintah, beliau berjaya mengubah arah tuju Mesir dalam hal ekonomi dan politik dengan mengubah beberapa ideologi [[Nasserism]] dengan menubuhkan semula sistem pelbagai parti dan polisi ekonomi [[Infitah]].
 
Beliau merupakan ahli kanan [[Pegawai Gerakan Pembebasan]], pasukan yang menggulingkan [[Dinasti Muhammad Ali]] dalam [[Revolusi Mesir 1952]], dan teman rapat kepada Presiden [[Gamal Abdel Naser]], dimana beliau menggantikan Nasser sebagai presiden pada 1970. Sebagai presiden, beliau membawa Mesir dalam [[Perang Yom Kippur]] pada 1973, untuk mengambil semula tanah yang telah dijajah oleh Israel dalam [[Perang Enam Hari]] pada 1967, menjadikan beliau sebagai hero kepada rakyat Mesir, dan mencipta hubungan dingin dengan [[Dunia Arab]]. Selepas itu, beliau mengadakan Rundingan Damai Kem David dengan Israel, yang membawa kepada [[Perjanjian Damai Mesir-Israel]]. Tindakan beliau itu membawa kepada kemenangan beliau untuk Anugerah Keamanan Nobel dan menyebabkan beliau menjadi tidak pupolar dikalangan negara Arab, penyingkiran Mesir dari Liga Arab dan pembunuhan beliau.
 
== Era Gamal Nasser ==