Kota Tampan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Kota Tampan''' merupakan sebuah kampung terpencil yang terletak antara Grik dari Kuala Kangsar. Kota Tampan juga salah satu tapak penempatan manusia terawal yang diketahui di Malaysia. Pencari-gali di Kota Tampan yang bermula sejak 1938 mendedahkan kawasan penghasilan peralatan batu.

Tapak ini terletak sekitar lima kilometer dari bandar Lenggong. Carigali di tapak ini mendedahkan artifek batu yang penting dan banyak memberikan maklumat. Ini kerana ia merupakan tapak bengkel penghasilan peralatan batu dengan semua bukti dijumpai utuh dan tidak diganggu. Ia juga merupakan pusat masyarakat zaman Paleolithik, kerana peralatan batu merupakan teras materia budaya mereka.

Peralatan batu yang dihasilkan dengan menggunakan andas dan tukul batu telahbanyak dijumpai di tapak ini. Sekitar 50,000 ketulan batu telah dijumpai dan direkodkan sehingga kini. Kebudayaan di Kota Tampan dirujuk sebagai ''Tampanian''. Bengkel peralatan batu ini pada asalnya telah ditarikhkan sebagai berusia 30,000 tahun, tetapi tarikh ini telah di semak semula sebagai 75,000 tahun. Sungguhpun tapak bengkel Kota Tampan ini kini berada di tebing bukit, dan dalam ladang kelapa sawit, tapak asalnya berada ditebing tasik. Ia dipercayai bahawa bengkel ini ditinggalkan sekitar 75,000 tahun dahulu akibat ledakan gunung berapi Tasik Toba di [[Sumatera]], sekitar 250 kilometer dari situ.<ref>[http://www.peraktourism.com/places/place_view.cfm?section=53&id=206777E3-4D22-11D7-B35B00D0B78F6634 Kota Tampan]</ref> Terdapat jurang tempoh 17,000 tahun antara Kota Tampan dan tapak arkeologi berikutnya di Gua Gunung Runtuh, yang dipercayai akibat kesan kemudnahankemusnahan ledakan Tasik Toba.
 
This site is some five kilometres from the town of Lenggong. Excavations at this place revealed some exclusive stone artefacts. What had been discovered was in fact a Stone Age factory with all its evidence left intact and undisturbed. This meant that the archeologists had hit upon the centre of Paleolithic life, as stone tools were the focus of their material culture. The evidence is firm and thus the site had the potential of not only settling earlier disputes, but also of providing more evidence on the Paleolithic era as a whole.
 
Tapak Kota Tampan didahului oleh tapak di Bukit Jawa, yang ditentukan tarikhnya berusia 200,000 tahun dahulu. Tapak Bukit Jawa dengan itu adalah jauh lebih terdahulu dari tapak Kota Tampan.