Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Laman baru: Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS) terletak di Bandar Darulaman, Jitra, lebih kurang 25 kilometer dari Alor Setar, ibu negeri Kedah. POLIMAS ditubuhkan dalam bulan ...
 
Aurora (bincang | sumb.)
kemaskini
Baris 1:
'''Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah''' (POLIMAS) merupakan sebuah [[politeknik]] yang terletak di Bandar Darulaman, [[Jitra]], lebih kurang 25 kilometer dari Alor Setar, ibu negeri [[Kedah]]. POLIMAS ditubuhkan dalam bulan Februari [[1984. Pada masa itu, ia dikenali]] sebagai '''Politeknik Alor Setar''' dan ia menumpangkan bangunan asrama Sekolah Menengah Teknik Alor Setar.
 
== Sejarah ==
Kumpulan pertama pelajar, lebih kurang 120 orang telah diterima belajar bagi sesi Julai 1984. POLIMAS berhasrat melatih pelajar-pelajar lepasan SPM dan SPMV bagi melahirkan tenaga kerja professional dalam bidang [[kejuruteraan]] dan [[perdagangan]].
 
Kampusnya terletak di kawasan seluas 28 hektar dalam daerah [[Kubang Pasu]]. Ia mula digunakan pada 14 Mac [[1987]] dan telah dibuka secara rasminyarasmi pada 23 Mac [[1989]] oleh DuliDYMM Yang[[Sultan MahaAbdul MuliaHalim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah|Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah]], padaSultan 23Kedah Mac 1989terkini. Semenjak dari tarikh ini lahirlah nama politeknik ini ditukar kepada Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, sempena nama baginda.
 
== Kakitangan ==
POLIMAS telah berkembang menjadi institusi pendidikan dan latihan teknikal yang mantap. Enrolmen pelajar telah meningkat kepada hampir 6000 orang dengan bilangan staf mencapai 600 orang.
Pengetua-pengetua POLIMAS ialah:
# En. Abdul Aziz bin Hasbullah
# Tuan Haji Imran bin Idris
# Ir. Gan Chee Kuan
# Dr. Khair bin Mohamad Yusof
# En. Mohd. Hashim bin Buyong.
 
POLIMAS menawarkan kursus [[sijil]] dan [[diploma]], dan kini telah mempunyai hampir 6000 orang pelajar dengan bilangan kakitangan mencapai 600 orang.
Pengetua pertama ialah En. Abdul Aziz bin Hasbullah (kini bersara) yang telah menerajui POLIMAS selama tiga tahun. Pengetua POLIMAS yang kedua ialah Tuan Haji Imran bin Idris yang telah membangunkan institusi ini selama 12 tahun sehingga menjadi institusi yang terkemuka di Malaysia. Pengetua ketiga POLIMAS ialah Ir. Gan Chee Kuan (kini bersara) telah banyak berjasa dalam memajukan POLIMAS selama 5 tahun. Pengarah POLIMAS yang keempat ialah Dr Khair bin Mohamad Yusof manakala Pengarah sekarang ialah En. Mohd. Hashim bin Buyong.
 
== Pautan luar ==
* [http://www.polimas.edu.my/ Laman rasmi POLIMAS]
 
[[Kategori:Politeknik di Malaysia]]