Anugerah Juara Lagu ke-26: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
KLITE789 (bincang | sumb.)
KLITE789 (bincang | sumb.)
Baris 17:
 
==Am==
Tema penganjuran AJL26 ialah "Air". Seperti biasa, 30 buah lagu yang meraih markah tertinggi dalam carta ''Muzik-Muzik'' 26 sepanjang tahun 2011 dilayakkan ke Separuh Akhir untuk dinilai semula untuk mencari 12 buah lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu. Inilah kali ketiga lagu-lagu terlibat tidak dibahagikan kepada kategori setelah pengkategorian dimansuhkan pada musim 2009 gara-gara kelesuan kategori Irama Malaysia dan Etnik Kreatif.
 
Perubahan yang paling ketara dalam penganjuran AJL kali ini ialah peningkatan bilangan juri kepada 30 orang yang terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu 20 orang menilai lagu sebelum hari pertandingan dan 10 lagi menilai lagu dan persembahan pada malam pertandingan. Dari segi penyanyi lagu, [[Jaclyn Victor]] mengganti [[Anuar Zain]] sebagai penyanyi "Sedetik Lebih" dalam Separuh Akhir dan AJL.