Alexander Agung: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 17:
 
== Kehidupan awal ==
Alexander Agung ialah anak kepada Maharaja Philip II dari [[Empayar Macedonia]] dan Puteri [[Olympias]] dari [[Epirus]].Kononya, Menurut [[Plutarch]] (''Alexander'' 3.1,3), Olympias dibuntingkan oleh [[Zeus Ammon]], dan bukannya Philip yang takut akan Olympias dan kegemaran Olympias untuk tidur dengan ular.
Plutarch (''Alexander'' 2.2-3) menceritakan bahawa kedua-dua Philip dan Olympias bermimpi tentang anak yang akan dilahirkan. Olympias bermimpi tentang dentuman guruh dan kilat yang memanah [[rahim]]nya. Dalam mimpi Philip, baginda mengecap rahim isterinya dengan mohor singa. Berasa cemas oleh mimpi-mimpi itu, baginda berunding dengan peramalnya, [[Aristander|Aristander dari Telmessus]], yang menentukan bahawa isterinya hamil dan anaknya akan mempunyai sifat singa. Menurut lima orang ahli sejarah kuno ([[Arrian]], [[Quintus Curtius Rufus|Curtius]], [[Diodorus Siculus|Diodorus]], [[Junianus Justinus|Justin]], dan [[Plutarch]]), selepas lawatannya ke [[tempat keramat]] [[Amun]] di [[Siwa]], khabar-khabar tersebar bahawa ramalannya telah mendedahkan ayahanda Iskandar sebagai [[Zeus]], dan bukannya Philip. Menurut Plutarch (''Alexander'' 2.1), ayahandanya adalah dari keturunan [[Heracles]] melalui [[Caranus]], dan ibundanya dari keturunan [[Aeacus]] melalui [[Neoptolemus]] dan [[Achilles]].