Zaman Meleset: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
WikitanvirBot (bincang | sumb.)
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Fail:Lange-MigrantMother02.jpg|thumb|''Migrant Mother'' oleh [[Dorothea Lange]] menggambarkan pekerja miskin di [[California]], memusat pada [[Florence Owens Thompson]], umur 32, ibu tujuh anak, di [[Nipomo, California]], Mac 1936.]]
'''Zaman Meleset''' <ref>[http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=Great+Depression DBP - Zaman Meleset]</ref>({{lang-en|'''The Great Depression'''}}) ialah satu tempoh penuh drama yang menyaksikan kemerosotan ekonomi dunia sekitar [[1920-an]] dan [[1930-an]].<ref>''Zaman Meleset'' dikatakan bermula pada tahun 1929 dan berakhir pada lewat dekad 1930-an di sesetengah negara.</ref> Tempoh ini dianggap sebagai zaman kemelesetan ekonomi terbesar dan paling penting di dalam sejarah dunia dan sering digunakan pada [[abad ke-21]] sebagai ''kayu pengukur'' dalam membandingkan sejauh mana ekonomi zaman moden boleh mengalami kejatuhan. Para sejarawan besepakat bahawa zaman kemelesetan ini bermula di [[Amerika Syarikat]], apabila [[pasaran saham]]nya jatuh merudum pada [[29 Oktober]] [[1929]] dan peristiwa ini dikenali sebagai [[Keruntuhan Wall Street 1929]] atau ''Black Tuesday''. Ini diikuti pula dengan penurunan di [[Eropah]] dan [[Australia]]. [[Asia]] turut menderita kerana terdapat rakan dagang yang menjadi miskin dan tidak bekerjasama. Kemelesetan ini dikatakan tamat di ambang [[Perang Dunia Kedua]] sekitar 1939 disebabkan persediaan perang yang merangsang ekonomi.<ref>{{cite book |title=The Cambridge Economic History of the United States |last=Engerman |first=Stanley L. |coauthors= Gallman, Robert E. |publisher=Cambridge University Press |year=1996 |language=Inggeris |isbn= 0521553075}} </ref>
 
Kemelesetan ini mempunyai kesan yang mendalam terhadap kedua-dua [[negara maju|negara-negara perindustrian]] dan pengeksport galian mentah. Perdagangan antarabangsa turun mendadak sebagaimana pendapatan persendirian, hasil cukai, harga-harga dan keuntungan. Bandar-bandar di seluruh dunia menerima kesan paling teruk terutamanya yang bergantung kepada [[industri berat]]. Projek pembinaan dihentikan hampir serta-merta di merata-rata tempat. Pertanian dan kawasan luar bandar mengalami kejatuhan harga tanaman sekitar 40 dan 60 peratus.<ref>{{cite journal|author= Cochrane, Willard W.|title=Farm Prices, Myth and Reality|year=1958|pages=ms. 15 |language=Inggeris}}</ref><ref>{{cite journal|journal=[[Liga Bangsa-bangsa]]|title=World Economic Survey 1932–33|pages=ms. 43 |language=Inggeris}}</ref> Kawasan-kawasan yang sering bergantung kepada satu-satunya sektor perusahaan utama seperti perladangan, perlombongan dan pembalakan mengalami kesan yang paling teruk akibat peningkatan mendadak terhadap pekerjaan meskipun memiliki sumber lain yang sedikit.<ref>{{cite book | last = Hakim | first = Joy | title= War, Peace and all that Jazz |series=A History of US | publisher = Oxford University Press | year = 1995 | location = New York | isbn = 0-19509484-0}}</ref> Walaupun selepas Bursa Saham New York baru sahaja jatuh merudum pada tahun 1929, semangat optimistik masih ada. John D.Rockefeller pernah berkata,<ref>{{cite web |url= http://us.history.wisc.edu/hist102/lectures/lecture18.html |title= Crashing Hopes: The Great Depression |accessdate= 2008-08-31 |last= Schultz |first= Stanley K. |year= 1999 |language=Inggeris |work= American History 102: Civil War to the Present |publisher= Universiti Wisconsin-Madison}}</ref>{{cquote|Ada hari yang kebanyakan orang akan tawar hati. Sepanjang 93 tahun hidup saya, kemelesetan telah datang dan pergi. Kemakmuran pernah kembali, dan akan kembali semula.}}