Noor Asmara: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addihockey10 (bincang | sumb.)
k revert (copyvio)
Baris 26:
 
==Ringkasan==
Omar, seorang guru muzik, mengajar Rokiah bermain biola. Dia jatuh cinta dengan kakak Rokiah yang bernama Zaharah. Percintaan mereka melalui pelbagai kisah pahit dan manis.
ZAHARAH yang cantik jelita (anak Haji Yaakob, tuan tanah yang kaya) telah bertemu Omar secara tidak disangka-sangka iaitu ketika Omar baru sampai di kota itu untuk mengajar muzik di sebuah sekolah dan semasa melalui berhampiran rumah Zaharah itu dia dikejar anjing.
 
Dengan salakan anjing itu membuatkan Zaharah keluar dan pergi mendapatkan anjing itu dan ekoran peristiwa tersebut Omar dan Zaharah pun saling cinta mencintai.
 
Dalam pada itu, ibu Zaharah bercadang untuk menjodohkan Zaharah dengan Mohamad yang baru saja pulang setelah menamatkan pelajarannya di Eropah. Bagi bapa Mohamad pula, dia ingin anaknya berkahwin dengan Zaharah kerana kekayaan Haji Yaakob sangat menarik hatinya.
 
Suatu hari ketika pesta mandi Safar di Pantai Tasik, tiba-tiba Rokiah (adik Zaharah) meminta tolong kerana kelemasan. Omar yang kebetulan berada di situ terus terjun ke laut menyelamatkan Rokiah. Haji Yaakob gembira, tetapi Mohamad memperkecilkan saja pertolongan Omar itu.
 
Disebabkan pertolongan Omar itu, Haji Yaakob mengundang Omar datang ke rumahnya untuk meraikan sambutan hari jadinya di mana Omar dan pancaragamnya turut memberi hiburan serta Zaharah turut menyanyi dengan iringan gesekan biola Omar.
 
Di akhir jamuan, Salleh (ayah Mohamad) mengumumkan mengenai pertunangan Zaharah dengan Mohamad yang mana ini membuatkan Omar kecewa. Zaharah bagaimanapun menyatakan yang dia hanya mencintai Omar dan memberitahu biar apa pun yang terjadi dia tidak akan berkahwin dengan Mohamad. Haji Yaakob marah dan memberi amaran dia tidak membenarkan Omar menemui Zaharah.
 
Omar kemudian mengirim surat kepada Zaharah untuk bertemu. Semasa bertemu itu, Omar telah dipukul Haji Yaakob yang disangkanya Omar itu pencuri. Zaharah pula jatuh pengsan.
 
Mohamad sebenarnya telah berkahwin secara rahsia dengan Lela sewaktu berada di Eropah, dan ketika dalam perjalanan pulang menaiki kereta (dalam keadaan mabuk), mereka telah terbabas menyebabkan Mohamad cedera parah.
 
Bagaimanapun apabila berita kemalangan itu sampai ke pengetahuan Haji Yaakob, dia sangat gembira disebabkan dia sememangnya sudah lama mengetahui perangai jahat Mohamad lalu memutuskan pertunangan Zaharah dengan Mohamad.
 
Dengan itu, dapatlah Zaharah berkahwin dengan Omar (pemuda yang selama ini sangat dicintainya) dan direstui Haji Yaakob dan keluarganya.
 
==Pelakon==