Chinta (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addihockey10 (bincang | sumb.)
k revert (copyvio)
Baris 28:
 
==Ringkasan==
Dalam satu pemberontakan, keluarga di raja terbunuh kecuali puteri raja yang diselamatkan oleh hambanya yang setia. Mereka lari ke perkampungan nelayan, di mana dia dibesarkan sebagai anak sendiri.
Cerita bermula di Brunei Utara 500 tahun lalu apabila Raja Indrapuri (Raja Kanchi) bersama pembantunya (Vidush), ketika dalam pelayaran menyamar diri sebagai ahli perniagaan, telah ditimpa kecelakaan apabila kapal yang mereka naiki karam dipukul ombak besar.
 
Selepas beberapa tahun, raja yang memberontak meninggal dan diganti oleh anaknya. Ketika raja baru melawat perkampungan nelayan, dia terlihat puteri dan jatuh cinta. Apakah yang akan terjadi selepas itu ....
Raja Kanchi dan Vidush terdampar di sebuah pulau di mana ada nelayan tinggal di situ. Pulau kampung nelayan tersebut dikuasai oleh Datuk Penghulu Gamban. Raja Kanchi diselamatkan oleh anak angkat Datuk Penghulu, Chinta manakala Vidush pula sampai ke rumah seorang gadis, Ruchi lalu terus tinggal bersamanya yang juga mempunyai seorang ayah. Supaya tidak diketahui oleh sesiapa, siapa diri baginda yang sebenar, Raja Kanchi menyamar mengunakan nama Sanchi dan kemudian jatuh cinta dengan Chinta yang merupakan gadis paling jelita yang terdapat di pulau nelayan itu.
 
Bagaimanapun, percintaan Sanchi dan Chinta mendapat halangan apabila dia ditentang oleh Putar, pemuda yang menaruh hati terhadap Chinta. Sebagai usaha menggagalkan percintaan antara Sanchi dan Chinta, Putar menyebarkan fitnah dengan menyatakan Sanchi adalah perompak yang datang ke pulau tersebut bertujuan merampas harta karun yang ada terpendam di pulau itu. Putar menghasut penduduk-penduduk dan meminta Datuk Penghulu menghalau Sanchi keluar dari pulau tersebut.
 
Begitupun juga, demi kebenaran “siapa benar, siapa salah” Datuk Penghulu mencadangkan supaya satu pertarungan antara Sanchi dan Putar diadakan. Dalam pertarungan yang sengit itu, Sanchi akhirnya berjaya menewaskan Putar. Walaupun mempunyai kesempatan untuk membunuh Putar yang sepatutnya dilakukan, tetapi Sanchi tidak melaksanakannya dan ini membuatkan Putar menyesali atas kesilapan yang telah dilakukannya.
 
Dalam pada itu, Datuk Penghulu telah menerangkan keadaan sebenarnya tentang diri Chinta yang mahu membalas dendam terhadap Raja Indrapuri yang memerintah sekarang. Ini disebabkan ayahandanya telah memberontak dan merampas Kerajaan Indrapuri hingga menyebabkan Gamban (dulu seorang panglima yang setia) terpaksa melarikan diri dengan membawa Chinta (masih kechil) bersamanya bagi mengelak menjadi mangsa pembunuhan seperti yang terjadi kepada Raja dan Permaisuri Kerajaan Indrapuri.
 
Penghulu merasakan sudah tiba masanya Chinta mengambil tindakan membalas dendam dengan membunuh Raja Indrapuri yang memerintah sekarang. Tetapi apabila perkara itu dibawa ke pengetahuan Sanchi, Sanchi tidak setuju dan ini menyebabkan Chinta merasa kurang senang dan jauh hati.
 
Apabila Sanchi kembali ke Indrapuri, Chinta dan Gamban menyusul dan berjaya masuk ke dalam istana melalui pintu rahsia yang sememangnya diketahui oleh Gamban dan terus masuk ke bilik tidur Raja Kanchi dan mereka hampir-hampir berjaya membunuh Raja Kanchi. Tetapi kemudian tertangkap. Bagaimanapun, Raja Kanchi mengarahkan supaya Chinta dan Gamban dibebaskan.
 
Selepas itu, Raja Kanchi kembali semula ke pulau dan berjanji kepada Chinta yang baginda akan membantu Chinta untuk menunaikan hasratnya membalas dendam itu dengan membunuh Raja Kanchi.
 
Raja Kanchi mengiringi Chinta dan Gamban pergi ke Indrapuri dan bila sampai di sana Sanchi terus menduduki takhta Kerajaan yang mana kini barulah Chinta dan Gamban mengetahui Sanchi yang mereka kenali selama ini ialah Raja Kanchi – Raja yang memerintah Kerajaan Negeri Indrapuri.
 
Raja Kanchi kemudian dengan rela hati menyerahkan takhta kepada Chinta (dia yang berhak menduduki takhta tersebut) tetapi Chinta menolak. Akhirnya Raja Kanchi berkahwin dengan Chinta dan mereka bersama-sama memerintah Kerajaan Negeri Indrapuri dengan adil dan saksama.
 
==Pelakon==