Bakti: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Addihockey10 (bincang | sumb.)
k revert (copyvio)
Baris 32:
Filem ini di arah oleh [[L. Krishnan]].
 
==Ringkasan==
IBRAHIM dan isterinya Rogayah (mereka orang kaya) mempunyai dua orang anak – Hassan dan Sa’adiyah. Hassan sangat nakal, oleh itu ibunya begitu kuat mengawal kelakuannya, tetapi Ibrahim pula sangat memanjakannya.
 
Suatu hari ketika Ibrahim menaiki kereta dia telah terlanggar seorang budak peminta sedekah (Nasir) yang kebetulan pula tidak mempunyai ibu dan ayah. Oleh itu datang kasihan dihatinya, lantas diambilnya Nasir dan dibawanya pulang untuk dipelihara dan dijadikan anak angkat.
 
Hassan tidak setuju ayahnya memelihara Nasir kerana itu ada-ada saja dan tiap-tiap hari dia mencari kesalahan Nasir. Tetapi bagi Sa’adiyah, dia seringkali membela Nasir. Tidak lama kemudian Rogayah pun meninggal dunia. Apabila dewasa Hassan bercinta dengan wanita mata keranjang (Edah) sehingga menyebabkan dia mencuri barang-barang kemas kepunyaan ayahnya.
 
Kelakuan Hassan itu tidak disenangi oleh Nasir dan ini menjadikan perkelahian yang membuatkan Nasir mengambil keputusan meninggalkan rumah yang mana kemudian menjadi pemain pemuzik terkenal. Hassan pula telah didapati bersalah kerana mencuri dan dikenakan hukuman penjara dua tahun. Dan sewaktu Hassan keluar penjara dia sampai di rumah Nasir dan mencuri pula perkakas perak kerana dia tidak mempunyai wang untuk membeli makanan.
 
Malangnya, Hassan ditangkap sekali lagi oleh Polis tetapi Nasir menyelamatnya dengan berkata barang-barangnya yang dicuri Hassan itu sebenarnya dihadiahkannya kepada Hassan. Di sinilah baru Hassan mengetahui betapa mulianya hati Nasir dan dia mula insaf.
 
Nasir dan Hassan pergi menemui ayah mereka (Ibrahim) dan adik mereka, Sa’adiyah. Ibrahim begitu gembira kerana Hassan telah insaf, manakala Sa’adiyah gembira kerana dia bertemu semula dengan Nasir, abang angkat yang dicintainya selama ini.
 
==Pelakon==