Rachun Dunia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Addihockey10 (bincang | sumb.)
k revert (copyvio)
Baris 27:
Filem Rachun Dunia diarah oleh [[B.S. Rajhans]].
 
==Ringkasan==
Jamal mewarisi perniagaan ayahnya menjadi saudagar getah terkenal dan hidup bersama isterinya yang setia, Aminah. Walaupun sudah mendirikan rumahtangga selama enam tahun dan telah dikurniakan seorang anak perempuan (Mardiana), namun kehidupan mereka tetap dalam aman dan bahagia.
 
Suatu hari wakil insurans (Harun) telah datang bertemu dengan ayah Jamal (Kamil) untuk menjual polisi insuransnya tetapi telah ditolak. Bagaimanapun Jamal menunjukkan minatnya terhadap insurans tersebut.
 
Berikutan pengenalannya dengan Harun, Jamal telah dibawa berkenalan pula dengan teman wanita Harun (Aishah) dan rancangan telah dibuat oleh mereka berdua untuk mempengaruhi (menggoda dan memikat Jamal oleh Aishah) dengan tujuan untuk membolot harta kekayaan yang diwarisi Jamal.
 
Jamal berjaya dipikat oleh Aishah dan mula pula mengabaikan tugasnya dipejabat dan terhadap isteri dan anaknya. Dia sering berfoya-foya dengan Aishah. Sudah begitu mencintai Aishah, Jamal meminta Aishah berkahwin dengannya dan sanggup menceraikan Aminah.
 
Bagaimanapun pertentangan timbul antara Jamal dan ayahnya yang tidak setuju Jamal berkahwin dengan Aishah dan bertindak mengusir Jamal keluar dari rumah juga meninggalkan Aminah dan anaknya.
 
Sungguh pun ayah Jamal mewarisi hartanya kepada Aminah dan tidak meninggalkan sesen pun untuk Jamal tetapi sebagai isteri yang setia Aminah menyerahkan wasiat itu kepada Jamal (setelah ayahnya meninggal dunia) disamping, membenarkan Jamal berkahwin dengan Aishah asal saja dirinya tidak diceraikan.
 
Oleh kerana Aminah dan anaknya menjadi penghalang pergerakan mereka, Aishah dan Harun merancang membuat hasutan hingga menyebabkan Jamal percaya lantas menghalau Aminah dan Mardiana keluar rumah banglo yang selama ini menjadi tempat kediaman mereka.
 
Bersama orang gajinya (Karman), Aminah dan anaknya pindah tinggal di sebuah pondok usang. Dalam pada itu, keadaan rumahtangga Jamal dengan Aishah mulai retak apabila Harun sering saja memeras ugut Aishah bagi mendapatkan wang untuk berjudi, manakala pasaran getah yang diusahakan Jamal pula telah jatuh menjunam.
 
Mardiana pula jatuh sakit dan dia perlu mendapatkan rawatan doktor tetapi kerana tidak berkemampuan membayar wang rawatan doktor tidak dapat datang dan atas rayuan Karman mahu tidak mahu Aminah terpaksa pergi ke rumah Jamal bagi mendapatkan pinjaman wang di dalam keadaan cuaca hujan rebut.
 
Bagaimanapun, Aminah tidak dapat bertemu Jamal tetapi Aishah yang tidak berperikemanusiaan telah menghalau Aminah tanpa memberikannya pinjaman yang diperlukan.
 
Di saat itu juga tiba-tiba pondok tempat Aminah dan anaknya menumpang terbakar dan tidak membuang masa lagi Karman yang sedang menjaga Mardiana membawa dia lari, tetapi malangnya dia telah dilanggar kereta dan dibawa ke hospital dengan meninggalkan Mardiana yang tercampak di tepi jalan.
 
Mardiana bagaimanapun diselamatkan oleh Suparjo dan membawanya pulang. Suparjo dan isterinya tidak mempunyai anak menyayangi Mardiana dan merawatinya dan kemudian membuat iklan di surat khabar meminta ibu dan ayah Mardiana mengambil di rumahnya.
 
Aishah pula membuat rancangan untuk lari (membawa harta Jamal) bersama Harun dan meninggalkan Jamal, tetapi belum sempat mereka berbuat demikian Aishah dan Harun telah ditahan oleh Jamal dan kerana menyedari atas kesilapannya kerana mencintai Aishah yang tidak setia, Jamal kemudian menghalau Aishah keluar rumah dengan sehelai sepinggang.
 
Terbaca dalam surat khabar tentang anaknya, Mardiana, Jamal tidak membuang masa lagi pergi mahu mengambilnya dan di sana juga dia telah bertemu dengan Karman yang juga berhasrat mahu mengambil Mardiana.
 
Aminah yang begitu sedih dengan kehilangan anaknya dan pondoknya terbakar tidak begitu siuman dan merayau-rayau. Pada ketika itu juga Aminah telah ditemui oleh Mariam lalu memujuknya pulang ke rumah banglo mereka untuk bertemu Jamal kerana Jamal sudah insaf disamping telah menghalau Aishah keluar dari rumah tersebut.
 
Aminah bersetuju dan bila sampai di sana, Aminah bertemu semula dengan anaknya dan suami yang dikasihinya, Jamal. Dan mereka pun memulakan penghidupan baru dan hidup dalam aman dan bahagia sebagaimana sebelumnya.
==Pelakon==
* [[P. Ramlee]]