Ragam P. Ramlee: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addihockey10 (bincang | sumb.)
k revert (copyvio)
Baris 30:
*
Filem ini dibahagikan kepada tiga segmen
# Drama Musikal - RAMLEE & SALOMA
* P. Ramlee dan Saloma mempersembahkan tujuh buah lagu secara solo dan berduet, iaitu lagu Hancur Badan DiKandung Tanah, Ku \
Kehilangan Kanda, Aduh Sayang, Damak, Di Pinggiran, Kuala Lumpur, dan Joget Malaysia.
 
# Drama Komedi - Mintak Nombor Ekor
* RAMLEE dan Raden tinggal serumah dan gemar sekali berjudi tikam ekor. Berdasarkan orang mati yang di mimpikan oleh Raden,
setelah di tolak campur dan sebagainya, Ramlee memilih nombor 102 manakala Raden yang sudah nekad membeli nombor 204 terbeli
nombor 402 apabila terlupa disebabkan tergoda dengan kelipan mata seorang wanita kepadanya.Dalam pada itu Ramlee dan Raden sudah
terpikat dengan kejelitaan Safiah, penjual nombor ekor. Masing-masing berjanji akan berkahwin dengan Safiah sekiranya nombor
yang mereka beli itu mengena. Apabila perlumbaan kuda dijalankan, nombor pilihan Raden 204 naik, tetapi kerana tersalah ambil
(402), Raden kecewa.Selepas itu Ramlee dan Raden berusaha berbagai cara meminta nombor ekor termasuk kepada nenek di pokok buluh
yang mana Ramlee menyamar sebagai nenek dan memberi nombor 909 kepada Raden. Sekali lagi nombor bertukar (menjadi 999) apabila
dia bersua dengan Safiah. Kemudian Ramlee dan Raden pergi pula bertemu dengan Dukun Mak Yong yang mencadangkan supaya mereka
pergi ke kubur orang mati dibunuh.Walaupun takut tetapi kerana mahu kaya punya pasal Ramlee dan Raden terpaksa memberanikan diri
untuk pergi juga. Ketika berada di kubur datang seseorang ke perigi buta, dan di kala itu Ramlee sempat mengambil gambar dan
ternyata dalam gambar tersebut dia tidak lain ialah Pak Leman yang sedang hendak melepas – membuang air besar.
 
# Drama Purba - Damaq
* ROMBONGAN Teruna datang meminang Kenanga. Tetapi abang Kenanga, memberitahu Kenanga telah pun ditunangkan dengan Damaq, adik
Gegala. Penolakan peminangan itu menyebabkan Teruna terhina dan walaupun telah dinasihatkan emaknya, Teruna tetap berdegil
untuk mengambil tindakan. Katanya: “Sebelum rebung menjadi buluh, hendaklah ia dipatah-patahkan”.Teruna pergi menemui Kenanga
dan meminta mengubah fikirannya. Tetapi Kenanga tetap bertegas cintanya kepada Damaq tidak berubah yang mana ini menyebabkan
Teruna bertambah marah dan cuba bertindak lebih jauh tetapi dihalang abang Kenanga, Anggerik. Teruna mengugut yang dia akan
menghuru-harakan rumahtangga Anggerik dan akan memutuskan pertunangan Kenanga dengan Damaq dan jika boleh Anggerik mahu
dibunuhnya. Bagaimanapun semua ancaman tidak diendahkan oleh Anggerik malahan dihalaunya Teruna yang mana ini menyebabkan
kemarahan Teruna tambah membara.Ketika Damaq dan Kenanga memadu kasih, Teruna datang menyerang tetapi malangnya dalam serangan
itu Teruna terbunuh. Dengan peristiwa tersebut, Kenanga meminta Damaq supaya melarikan diri supaya terhindar dari pergaduhan
dengan Bujang (abang Teruna, seorang pendekar) beserta orang-orangnya yang mungkin menimbulkan bencana yang sudah tentu tidak
ada kesudahannya. Mula-mula Damaq menolak tetapi setelah dipujuk oleh Kenanga dan juga Gegala akhirnya dia bersetuju dan Damaq
menyerahkan tanggungjawab keselamatan Kenanga kepada Gegala. Bujang mahu membela kematian Teruna dan selagi “hutang darah
Teruna belum dibayar” selagi itu dia tidak akan berdiam diri. Bujang pergi mencari Damaq yang diketahuinya telah melarikan
diri. 6 purnama (bulan) berselang, Kenanga terus menunggu kepulangan Damaq tetapi hampa. Malah Damaq hilang entah ke mana,
tidak tahu rimbanya. Kata Kenanga: “Mungkin Damaq telah melupakan Kenanga”. Sementara itu, Bujang pulang dengan membawa
berita kononnya Damaq sudah mati dibunuhnya dan ini membuatkan Kenanga bersedih.Dengan berita kematian Damaq itu, menyebabkan
Anggerik mengambil keputusan meminta Gegala mengambil Kenanga sebagai isterinya kerana dia berhasrat untuk pergi berniaga ke
negeri lain. Anggerik tidak mahu Kenanga jatuh ke tangan orang lain, dia lebih suka Kenanga menjadi isteri Gegala.Bagi Kenanga
dia tidak ada pilihan dan dengan itu berkahwinlah Kenanga dengan Gegala (abang Damaq) sehingga mereka memperolehi seorang anak
lelaki. Di Pasar Harian Klompang Daik, Anggerik yang sedang sibuk berniaga begitu terkejut bila ditegur sapa Damaq yang
ternyata masih hidup. Anggerik pun menceritakan apa yang tersirat. Damaq marah apabila Anggerik memberitahuinya Kenanga sudah
berkahwin dengan Gegala kerana menganggapnya sudah mati dibunuh Bujang.Dengan perasaan marah Damaq pulang dan bila bertemu
dengan Gegala dia menyatakan hasrat kedatangannya ialah untuk membuat perhitungan dengan Gegala. Tetapi apabila Gegala
menerangkan keadaan sebenarnya, barulah Damaq berlembut hati. Kemudian Damaq pergi menemui Bujang yang menyebarkan berita
kononnya dia telah mati di tangannya yang menyebabkan Kenangan berkahwin dengan Gegala. Mereka bertarung hebat yang mana
akhirnya Bujang menemui ajalnya di tangan Damaq. Begitu pun juga, Damaq masih berkeras mahukan Kenanga mengikutnya dan menyuruh
Kenanga meninggalkan Gegala dan anaknya. Kenanga serba salah tetapi mengambil keputusan mengikut Damaq dengan izin Gegala.
Kata Gegala: “Jika dinda sayangkan Damaq kanda izinkan dengan sebulat hati”. Kenanga kini berada di persimpangan jalan-jalan
yang mana harus diikutnya. Di kiri kekasih di kanan suami.Pada mulanya Kenanga mahu mengikut Damaq, tetapi sebelum kakinya
mencecah perahu Kenanga mengubah fikirannya. Kenanga lebih rela berada di samping suami dan anaknya. Bagi Damaq pula, dia
mungkin kecewa. Tetapi sambil mendayung perahunya menyusur sungai menuju ke Klompang Daik, terukir senyum di wajahnya.
 
==Pelakon==