Abu Hassan Penchuri: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 29:
 
==Ringkasan==
ABU HASSAN dan Kassim merupakan dua sahabat baik yang mana kerjanya asyik mencuri saja di Kota Baghdad. Suatu hari Abu telah terpandang wajah jelita Puteri Raja (Tengku Faridah) yang sedang berarak di jalan lalu dia terus jatuh cinta. Sebagai satu usahanya untuk bertemu dengan Tengku Faridah, Abu dan Kassim telah mencuri tongkat sakti dan tali dari seorang ahli silap mata. Dengan itu berjayalah Abu masuk ke taman larangan melalui tembok menggunakan tali dan tongkat sakti yang dicurinya itu. Abu berjaya bertemu dengan Tengku Faridah yang terkejut dengan kehadirannya, tetapi dengan pujuk rayu Abu, Tengku Faridah mula berlembut dan jatuh hati pula kepadanya. Mulai saat itu terjalinlah percintaan antara Abu dan Tengku Faridah dan mereka sering bertemu secara sulit. Dalam pada itu, Tengku Faridah telah dicintai oleh Tengku Jaafar (ahli sihir) yang juga merupakan Tengku Mahkota Kerajaan Tartar setelah melihat Tengku Faridah melalui cermin ajaib. Tengku Faridah kemudian diculik oleh Tengku Jaafar (selepas mensihirkan Tengku Faridah menjadi burung) disebabkan Tengku Faridah tidak mahu berkahwin dengannya dan melarikannya jauh ke Negeri Tartar. Tengku Faridah dipenjara hingga tidak diberi makan selagi Tengku Faridah tidak menyatakan ya untuk berkahwin dengan Tengku Jaafar. Abu, setelah mendapat pertolongan dari Jin (bila dibuang ke padang pasir oleh Raja kerana menceroboh masuk ke dalam istana) bersama Kassim pergi ke tempat nenek kebayan meminta pertolongan untuk menyelamatkan Tengku Faridah. Dengan menggunakan tikar terbang yang diberikan oleh nenek kebayan dan menyamar sebagai orang tua yang boleh mengubat apa saja jenis penyakit, Abu dan Kassim berjaya sampai ke tempat persembunyian Tengku Jaafar yang juga tempat terpenjaranya Tengku Faridah. Akhirnya, dengan tipu helah Abu berjaya membawa lari Tengku Faridah untuk dibawa pulang ke Kota Baghdad dan apabila disedari dirinya telah terpedaya Tengku Jaafar mengejarnya dengan kuda terbang tetapi dalam satu pertarungan hebat Tengku Jaafar terbunuh di tangan Abu. Abu Hassan kemudian berjaya berkahwin dengan Tengku Faridah yang dicintainya setelah Raja menunaikan janjinya iaitu sesiapa yang berjaya menyelamatkan puterinya dia akan dikahwinkan dengan Tengku Faridah.
 
Abu berjaya bertemu dengan Tengku Faridah yang terkejut dengan kehadirannya, tetapi dengan pujuk rayu Abu, Tengku Faridah mula berlembut dan jatuh hati pula kepadanya. Mulai saat itu terjalinlah percintaan antara Abu dan Tengku Faridah dan mereka sering bertemu secara sulit. Dalam pada itu, Tengku Faridah telah dicintai oleh Tengku Jaafar (ahli sihir) yang juga merupakan Tengku Mahkota Kerajaan Tartar setelah melihat Tengku Faridah melalui cermin ajaib. Tengku Faridah kemudian diculik oleh Tengku Jaafar (selepas mensihirkan Tengku Faridah menjadi burung) disebabkan Tengku Faridah tidak mahu berkahwin dengannya dan melarikannya jauh ke Negeri Tartar.
 
Tengku Faridah dipenjara hingga tidak diberi makan selagi Tengku Faridah tidak menyatakan ya untuk berkahwin dengan Tengku Jaafar. Abu, setelah mendapat pertolongan dari Jin (bila dibuang ke padang pasir oleh Raja kerana menceroboh masuk ke dalam istana) bersama Kassim pergi ke tempat nenek kebayan meminta pertolongan untuk menyelamatkan Tengku Faridah. Dengan menggunakan tikar terbang yang diberikan oleh nenek kebayan dan menyamar sebagai orang tua yang boleh mengubat apa saja jenis penyakit, Abu dan Kassim berjaya sampai ke tempat persembunyian Tengku Jaafar yang juga tempat terpenjaranya Tengku Faridah.
 
Akhirnya, dengan tipu helah Abu berjaya membawa lari Tengku Faridah untuk dibawa pulang ke Kota Baghdad dan apabila disedari dirinya telah terpedaya Tengku Jaafar mengejarnya dengan kuda terbang tetapi dalam satu pertarungan hebat Tengku Jaafar terbunuh di tangan Abu. Abu Hassan kemudian berjaya berkahwin dengan Tengku Faridah yang dicintainya setelah Raja menunaikan janjinya iaitu sesiapa yang berjaya menyelamatkan puterinya dia akan dikahwinkan dengan Tengku Faridah.
 
==Pelakon==