Frasa kerja: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''FrasaFK kerja'''ialah (FK)perkataan atau sederetan perkataan yang digunakan untuk menggambarkan [[perbuatan]], sama ada melibatkan [[pergerakan]] atau tidak, oleh [[manusia]], [[haiwan]], [[benda]] dan [[unsur abstrak]]. Ia adalah antara empat kategori [[frasa]] yang terdapat dalam [[bahasa Melayu]]. Ia mempunyai fungsi yang banyak dalam pembinaan frasa dan ayat. Oleh sebab itu pemahaman mengenai frasa ini penting bagi seseorang pengguna bahasa untuk menjana frasa dan ayat yang gramatis.

==Definisi==

FK ialah perkataan atau sederetan perkataan yang digunakan untuk menggambarkan [[perbuatan]], sama ada melibatkan [[pergerakan]] atau tidak, oleh [[manusia]], [[haiwan]], [[benda]] dan [[unsur abstrak]].

==Ciri-ciri==

Frasa kweja (FK) boleh dikenal pasti melalui ciri khususnya iaitu ia boleh didahului oleh [[kata bantu]] (aspek dan ragam). Contoh FK yang didahului oleh kata bantu ialah (1a-d) yang berikut.

1. Contoh:

:a. akan tidur

:b. sedang menonton televisyen

:c. hendak makan

:d. suka membaca

Dalam (1), FK “akan tidur” (1a), “sedang menonton televisyen” (1b) masing-masing didahului oleh kata bantu aspek “akan” dan “sedang”. FK “hendak makan” (1c) dan “suka membaca” (1d) pula masing-masing didahului oleh kata bantu ragam “hendak” dan “suka”.
Baris 21 ⟶ 17:
FK boleh dibahagikan kepada dua jenis utama, iaitu tak transitif dan transitif. Perbezaan antara kedua-duanya ialah [[Frasa kerja tak transitif|FK tak transitif]] (2-ac) tidak mempunyai objek sementara FK transitif (3a-c) sebaliknya.

2. Contoh:

:a. Bayi itu menangis.

:b. Dia sudah keluar.

:c. Mereka sedang bermain.

3. Contoh:

:a. Ali membaca buku motivasi.

:b. Siti menggulai kopi.

:c. Mereka memasuki bangunan itu.

“Menangis” (2a), “sudah keluar” (2b) dan “sedang bermain” ialah FK tak transitif kerana masing-masing tidak mempunyai objek. “Membaca” (3a), “menggulai” (3b) dan “memasuki” (3c) ialah FK transitif kerana masing-masing mempunyai objek, iaitu “buku motivasi”, “kopi” dan “bangunan itu”.