Persatuan Penulis Nasional Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 13:
Suatu hal yang cukup menarik daripada komposisi ahli-ahli jawatankuasa PENA pertama ini ialah nama-nama yang ada itu terdiri daripada orang yang pelbagai jenis kecenderungannya dan pendiriannya baik dari segi politik atau sosial. [[Usman Awang]], [[Syed Husin Ali]], [[Kassim Ahmad]] dan [[Wan A.Hamid]] misalnya cenderung ke arah pemikiran kiri atau sosialis, sedangkan [[Ali Haji Ahmad]] dan [[Aishah Ghani]] jelas sangat akrab atau cergas dalam politik UMNO. Selainnya terdiri daripada ilmuwan, ahli akademik, dan budayawan. Demikian juga pada tahun-tahun selanjutnya dalam dekad 60-an itu kepelbagaian tokoh dalam pimpinan PENA terus berlaku dengan melibatkan juga peribadi-peribadi yang pegangannya pada moral atau prinsip agama Islam seperti [[Keris Mas]] dan [[Abu Zaki Fadzil]]. Yang menemukan pelbagai jenis tokoh ini, baik pengamal sastera, ilmuwan atau aktivis persuratan adalah suatu cinta-cita perjuangan bersama. Iaitu, semangat kebangsaan yang kental, perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai wadah jati diri bangsa dan keadilan sosial-ekonomi bagi masyarakat yang sekian lama ditindas. Bahasa, persuratan dan kebudayaan menjadi suara serta saluran perjuangan cita-cita kebangsaan mereka.
 
Berlandaskan semangat serta iltizam baru, pelbagai ceramah, forum dan usaha memperjuangkan hak-hak kaum penulis telah dilakukan seperti soal hak milik penerbitan, hak cipta pengarang dan bayaran royalti serta honorarium. Draf perjanjian antara penulis dan penerbit telah diwujudkan untuk menjadi panduan kepada penulis yang selama ini terdedah kepada layanan sesuka hati penerbit sahaja. selain itu memoranda tentang penggalakan penulisan serta pengiktirafan terhadap kaum penulis juga telah dikemukakan sehingga pihak kerajaan mengadakan hadiah peraduan mengarang novel dengan hadiah yang cukup lumayan pada waktu itu. Iaitu sebanyak RM20,000 melalui "Peraduan Mengarang Novel 10 Tahun Merdeka". Bagi memperluas lagi komunikasi dan pengucapan sastera, PENA telah menerbitkan majalah ''Penulis'' pada Januari, April, Ogos dan Disember 1964. dengan harga setiap
 
==Lihat juga==