Persatuan Penulis Nasional Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Nuruljannah (bincang | sumb.)
Baris 13:
Suatu hal yang cukup menarik daripada komposisi ahli-ahli jawatankuasa PENA pertama ini ialah nama-nama yang ada itu terdiri daripada orang yang pelbagai jenis kecenderungannya dan pendiriannya baik dari segi politik atau sosial. [[Usman Awang]], [[Syed Husin Ali]], [[Kassim Ahmad]] dan [[Wan A.Hamid]] misalnya cenderung ke arah pemikiran kiri atau sosialis, sedangkan [[Ali Haji Ahmad]] dan [[Aishah Ghani]] jelas sangat akrab atau cergas dalam politik UMNO. Selainnya terdiri daripada ilmuwan, ahli akademik, dan budayawan. Demikian juga pada tahun-tahun selanjutnya dalam dekad 60-an itu kepelbagaian tokoh dalam pimpinan PENA terus berlaku dengan melibatkan juga peribadi-peribadi yang pegangannya pada moral atau prinsip agama Islam seperti [[Keris Mas]] dan [[Abu Zaki Fadzil]]. Yang menemukan pelbagai jenis tokoh ini, baik pengamal sastera, ilmuwan atau aktivis persuratan adalah suatu cinta-cita perjuangan bersama. Iaitu, semangat kebangsaan yang kental, perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai wadah jati diri bangsa dan keadilan sosial-ekonomi bagi masyarakat yang sekian lama ditindas. Bahasa, persuratan dan kebudayaan menjadi suara serta saluran perjuangan cita-cita kebangsaan mereka.
 
Berlandaskan semangat serta iltizam baru, pelbagai ceramah, forum dan usaha memperjuangkan hak-hak kaum penulis telah dilakukan seperti soal hak milik penerbitan, hak cipta pengarang dan bayaran royalti serta honorarium. Draf perjanjian antara penulis dan penerbit telah diwujudkan untuk menjadi panduan kepada penulis yang selama ini terdedah kepada layanan sesuka hati penerbit sahaja. selain itu memoranda tentang penggalakan penulisan serta pengiktirafan terhadap kaum penulis juga telah dikemukakan sehingga pihak kerajaan mengadakan hadiah peraduan mengarang novel dengan hadiah yang cukup lumayan pada waktu itu. Iaitu sebanyak RM20,000 melalui "Peraduan Mengarang Novel 10 Tahun Merdeka". Bagi memperluas lagi komunikasi dan pengucapan sastera, PENA telah menerbitkan majalah ''Penulis'' pada Januari, April, Ogos dan Disember 1964 dengan harga setiap majalah hanya 75 sen. Majalah yang cukup menarik ini (diisi oleh pengarang-pengarang Melayu dan bukan Melayu) malangnya tidak berterusan dan percubaan seterusnya tidak juga bertahan lama.
 
Pada dekad 60-an ini negara masih lagi dalam proses awal yang perit untuk menyelesaikan saki baki pengaruh penjajah dan prasangka serta perasaan perkauman ysng masih lagi tebal. Isu bahasa, perkauman, kebudayaan dan kemiskinan masih hebat dibahas sehingga kaum penulis yang selalu komited terhadap masyarakatnya sering menjadi kritis terhadap pemimpin. Dalam keadaan politik nasional yang masih belum kukuh dasar-dasarnya dan dihantui pula oleh perkauman serta kemiskinan, PENA secara tidak langsung melalui aktivis-aktivisnya melahirkan puisi-puisi protes yang keras melalui antologi ''Keranda 152'' dan ''Telok Gong'' pada tahun 1967. Antara penulis dan pemimpin kerajaan banyak perbezaan pandangan terutama dalam isu bahasa sehingga terasa ada ketegangan perhubungan serta perbalahan ucapan antara kedua belah pihak. Berpunca daripada ini, maka pada Ogos 1967, PENA mengambil inisiatif menggubal "Manifesto Penulis" sebagai menyatakan kebebasan berucap untuk kaum penulis bagi kepentingan masyarakat dan keadilan manusia. Manifesto ini seolah-olah mengisytiharkan peranan PENA untuk menjadi jurubicara bagi pihak penulis yang berasa hak dan kebebasannya dipersoalkan.
 
==Dekad 70-an==
Konflik kepentingan dan perbedaan-perbedaan yang besar antara ras dan kelompok pada awal merdeka akhirnya bertembung dalam krisis perkauman yang berakhir dengan tragedi berdarah pada 13 Mei 1969. Krisis itu membuka mata banyak pihak tentang perlunya perpaduan dan asas kebangsaan yang jelas demi kestabilan negara. Selepas peristiwa malang ini, maka antara intelektual dengan pemimpin politik wujud kebijaksaan untuk saling mengisi. Tokoh-tokoh penulis dalam PENA baik secara individu atau kelompok memberikan fikiran dan gagasan penting kepada pihak kerajaan dalam rancangan kebudayaan seperti penggalakan dan pengiktirafan sastera serta kebudayaan, Dasar Kebudayaan kebangsaan dan penubuhan Universiti Kebangsaan sehingga wujud perhubungan simbolik antara penulis dengan pemimpin.
 
Sesuai dengan sikap progresif PENA yang tidak kedaerahan, tidak berpuak-puak dan perkauman, timbul fikiran untuk memperkasakan peranan penulis. Bagi menjadikan gerakan penulis bergerak lebih bersepadu serta berkesan bukan sahaja di ibu kota tetapi di peringkat nasional. PENA telah mengambil inisiatif membincangkan gagasan kerjasama antara badan penulis negeri pada 20 September 1969. Hasilnya satu kenyataan satu kenyataan yang ditandatangani bersama oleh Mohd Yusof Harun, Mohd Taib Osman, Usman Awang, Abu Bakar Hamid dan Baharuddin Zainal telah dibuat untuk menggabungkan persatuan penulis tanah air. Pada 23 Oktober 1970, persidangan yang dihadiri oleh 13 persatuan penulis telah bersetuju agar [[GAPENA]] (Gabungan Persatuan-persatuan Penulis Nasional) ditubuhkan dan beberapa tokoh PENA seperti Ismail Hussein, Keris Mas, Ahmad Sebi Bakar, Salleh Daud dan Kemala menjadi ahli-ahli jawatankuasa yang pertama.
 
==Lihat juga==