Perakaunan: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Reverted 2 edits by Jan Murillo (talk): Removal of content. (TW) |
k Membatalkan semakan 2032077 oleh 175.143.101.126 (Perbincangan) |
||
Baris 14:
Menurut pembangkang amalan perakauanan piawaian, sistem perakaunan amat sedikit perubahannya sejak dahulu. Langkah rombakan perakaunan dalam bentuk-bentuk tertentu telah diambil dalam setiap generasi untuk cuba memastikan amalan penyimpanan buku sentiasa relevan kepada aset modal atau kapasiti pengeluaran. Bagaimanapun, perubahan ini tidak dapat mengubah prinsip-prinsip asas perakaunan, yang sewajarnya tidak bergantung kepada keadaan ekonomi.
== Sejarah ==▼
Sejarah awal perakaunan dijejaki ke zaman awal [[pertanian]] dan [[tamadun]] [[manusia]] ([[orang Sumeria]] di [[Mesopotamia]]), sewaktu tercetusnya buat julung kalinya keperluan mengekalkan catatan tepat mengenai kuantiti dan nilai relatif hasil pertanian.
Seni perakaunan yang berdasarkan [[sistem]] [[matematik]] [[logik]] ([[sistem catatan bergu]]) barangkali telah difahami orang di [[Itali]] sebelum tahun 1495, sewaktu [[Luca Pacioli]] (1445 - 1517), juga dikenali sebagai Friar Luca dal Borgo, menerbitkan kaedah perakaunannya di [[Venice]].
Buku ilmu perakaunan [[bahasa Inggeris]] yang tertua pernah diketahui diterbit di [[London]] oleh John Gouge @ Gough pada tahun 1543. Buku ini dikenali sebagai ''A Profitable Treatyce called the Instrument or Boke to learn to knowe the good order of the kepyng of the famouse reconynge, called in Latin, Dare and Habere, and, in English, Debitor and Creditor'' (Karangan yang menguntungkan bergelar alatan atau buku untuk belajar mengetahui susunan baik penyimpanan pihak yang dikenali, iaitu penghutang dan pemiutang).
Buku kecil panduan perakaunan telah diterbitkan pada tahun 1588 oleh [[John Mellis]] dari [[Southwark]], di mana beliau berkata, "Akulah yang memperbaharui dan membangkitkan semula sesuatu catatan lama yang dicetak di sini di London pada [[14 Ogos]] [[1543]]: dikumpul, diterbit, dibuat dan dikemukakan oleh seseorang bernama Hugh Oldcastle, Scholemaster, yang, menurut catatannya, kemudian mengajar aritmetik, maka adanya buku ini di Lorong Marko, mukim Santo Ollaves." John Mellis merujuk kepada fakta bahawa prinsip perakaunan yang dijelaskannya (yang merupakan sistem catatan bergu) ialah bentuk "selepas bentuk Venice".
Buku yang digelar ''The Merchants Mirrour, or directions for the perfect ordering and keeping of his accounts formed by way of Debitor and Creditor'' (Cermin Saudagar, atau panduan bagi penyusunan dan penyimpanan akaun suadarar yang sempurna mengikut kaedah Penghutang dan Pemiutang), bersempena (yang kononnya) kaedah Itali, oleh [[Richard Dafforne]], seorang akauntan, diterbitkan pada tahun [[1635]], mengandungi banyak rujukan kepada karya-karya yang lebih terdahulu mengenai sains perakaunan. Salam satu bab buku ini, bertajuk "Opinion of Book-keeping's Antiquity" (Pandangan Antikuiti Penyimpanan Akaun) pengarang menyatakan, dengan kebenaran seorang penulis yang lain, bahawa sungguhpun bentuk perakaunan yang dirujuk dalam buku ini ketika itu telah dipakai di Itali selama dua ratus tahun, namun kaedah yang sama atau amat serupa pernah dipakai sewaktu zaman [[Julius Caesar]] di [[Rom]] purba (''"but that the same, or one in many parts very like this, was used in the time of Julius Caesar, and in Rome long before.")
▲Sejarah
Seorang pengarang [[Belanda]] tampil untuk mencadangkan bahawa sistem catatan bergu wujud ketika zaman [[Yunani purba]], merujuk kepada perakaunan saintifik yang sudah lebih lama dicipta daripada yang disangkakan.
Terdapat beberapa edisi buku Dafforne yang pernah dicetak—edisi kedua pernah diterbit pada tahun [[1636]], edisi ketiga pada tahun [[1656]], dan keempat pada tahun [[1684]]. Buku ini merupakan karangan yang paling lengkap dalam perakaunan saintifik, dengan penjelasan terperincinya; edisi-edisi yang berbeza ini sering membuktikan bahawa sains ini banyak dihargai pada [[abad ke-17]]. Sejak itu terdapat bekalan yang berterusan bagi hasil sastera dalam subjek ini, kebanyakan pengarangnya menggayakan diri mereka sebagai akauntan dan guru jurusan ini, maka terbuktilah bahawa akauntan profesional dikenali dan diupah.
Pada awal [[abad ke-18]], perkhidmatan akauntan di kota [[London]] digunakan dalam penyiasatan urus niaga seorang pengarah [[South Sea Bubble|South Sea Company]], yang telah lama berurusan dengan saham syarikat. Ketika penyiasatan inilah adalah kelihatan bahwa akauntannya telah menyemak catatan akaun sekurang-kurangya dua firma saudagar. Laporannya dikenali sebagai ''Observations'' (Pemerhatian) dihasilkan dengan penyemakan catatan Sawbridge and Company, oleh Charles Snell, Writing Master and Accountant di Foster Lane, London. England mereka konsep Akauntan Berpiagam (''Chartered Accountant'') pada abad ke-19, yang kemudiannya dipeluk oleh Amerika Syarikat dengan gelaran Akautan Awam Sah (''Certified Public Accountant'').
== Kelayakan dan peraturan profesional ==
|