Cili padi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 17:
 
'''Cili padi''' , '''cili api''', '''cili rawit''', '''cabai burung''', '''lada jarum''', atau '''lada tunggeng''' (kerana buahnya dalam keadaan terbalik) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Solanaceae yang sangat popular di Asia Tenggara terutama di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Nama lain bagi cili api di Indonesia lebih popular dengan Cabe Rawit atau Lombok Rawit. Penanaman cili padi di Malaysia dibuat untuk bekalan tempatan dan menerima permintaan yang tinggi dikalangan masyarakat tempatan setiap hari.
 
==Ciri-ciri morfologi==
 
== Varieti ==
Terdapat beberapa varieti cili api.
 
===Cili api centil===
'''Cili api centil''' merupakan sejenis cili api seperti cili api kampong yang disyorkan untuk ditanam dalam [[Fertigasi|sistem fertigasi]]. Jangka masa memetik hasil selama lingkungan 5 - 6 bulan. Penggunaan baja foliar dapat membantu meningkatkan pengeluaran hasil dan boleh mengelakkan kejadian penyakit daun kerinting.
 
Ia sangat sesuai untuk tanaman secara fertigasi. Selain daripada pertumbuhan yang uniform, pembajaan dan kawalan serangga perosak serta penyakit boleh dikawal dengan lebih mudah. Larutan baja boleh di selaraskan dengan penggunaan bahan kimia yang membantu kawalan penyakit dan perosak. Kos memetik hasil perlu diambil kira dam melaksanakan penanam cili api centil. Pokok akan tetap berhasil tinggi selagi bunga di keluarkan dan pokok dijaga dari serangan kerinting. Beberapa petua menanam cili padi adalah seperti 'jangan merokok di kawasan cili padi' dan 'elakkan menggunakan baja tahi ayam untuk cili padi'. Selain itu media tanaman yang sesuai perlu dipilih selain daripada 'cocoa peat' sedia ada dipasaran.
 
== Penyakit cili padi ==