Perbezaan antara semakan "Perakaunan"

163 bait ditambah ,  8 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
'''Perakaunan''' adalah suatu seni komunikasi maklumat kewangan sesebuah [[entiti perniagaan]] kepada pengguna-pengguna seperti [[pemegang saham]] dan [[pengurus]].<ref>Elliot, Barry & Elliot, Jamie: ''Financial accounting and reporting'', [[Prentice Hall]], London 2004, ISBN 0-273-70364-1, p. 3, [http://books.google.co.uk/books?id=82B1L70-xrsC&lpg=PP1&dq=Financial%20accounting%20and%20reporting&pg=PA3#v=onepage&q=&f=false Books.Google.co.uk]</ref> Secara umumnya, [[komunikasi]] ini dilakukan dalam bentuk [[penyata kewangan]] yang memperincikan [[Faktor-faktor pengeluaran|sumber-sumber ekonomi]] dalam unit matawang yang berada di bawah kawalan pengurusan; seni berkenaan terletak pada pemilihan maklumat yang berkaitan dengan pengguna dan kebolehpercayaannya.<ref>Elliot, Barry & Elliot, Jamie: ''Financial accounting and reporting'', Prentice Hall, London 2004, ISBN 0-273-70364-1, p. 3</ref>
 
Perakaunan merupakan satu cabang [[Sains matematik]] yang berguna didalam penemuanmencari sebab musababpunca kejayaan dan kegagalan di dalam [[perniagaan]].[[Prinsip|Prinsip-prinsip]] perakaunan diaplikasi di dalam entiti perniagaan dalam tiga bahagian seni gunaan, dinamakan perakaunan, [[bukusimpan kira-kira]], dan [[pengauditan]].<ref>Goodyear, Lloyd Earnest: ''Principles of Accountancy'', Goodyear-Marshall Publishing Co., [[Cedar Rapids, Iowa]], 1913, p.7 [http://www.archive.org/download/principlesofacco00goodrich/principlesofacco00goodrich.pdf Archive.org]</ref>
 
'''Perakaunan''' atau prinsip akaun merupakan pengukuran, pendedahan atau peruntukan kepastian mengenai maklumat yang membantu pengurus dan orang lain yang membuat keputusan perniagaan bagi membuat keputusan mengenai peruntukan sumber. [[Perakaunan kewangan]] ialah salah satu cabang perakaunan yang asas kerana melibatkan proses-proses yang mana maklumat kewangan mengenai suatu perniagaan direkod, dikelas, dirumus, ditafsir dan dihubungkan. Kerja [[audit]], suatu disiplin yang berkait rapat tetapi berbeza daripada perakaunan, merupakan proses yang mana seorang juruaudit bebas (tidak menyebelahi mana-mana pihak) mengkaji penyata kewangan sesebuah pertubuhan agar boleh memberi pandangan - yang memberi jaminan munasabah tetapi bukan secara mutlak - mengenai ketelusan dan ketepatan penyata kewangan terhadap [[prinsip-prinsip perakaunan yang diterima umum]] (GAAP), sejauh mana yang dianggap mustahak (''material'').
 
Pengamal perakaunan dikenali sebagai '''akauntan'''. Akauntan yang dilesenkan secara rasmi boleh dikenalpasti melalui gelaran-gelaran seperti ''Chartered Accountant'' (di [[UK]], [[New Zealand]], [[Kanada]], [[India]], [[Australia]], [[Pakistan]]), ''Certified Public Accountant'' ([[AS]], [[Hong Kong]]), ''Certified Management Accountant'' (Kanada), ''Certified General Accountant'' (Kanada), ''Certified Practicing Accountant'' (Australia). Beberapa negara [[Komanwel]] seperti Australia dan Kanada mengiktiraf kedua-dua badan perakaunan berkanun (''chartered'') atau bersijil (''certified''). Kebanyakan akauntan "awam" (''"public" accountants'') di New Zealand dan Kanada adalah akauntan berkanun; namun, ''Certified General Accountant'' juga diberi hak oleh undang-undang untuk mempraktikkan perakaunan awam dan kerja audit di semua wilayah Kanada, kecuali Ontario dan Québec, sejak tahun [[2005]].
 
Di Malaysia, badan yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal akauntan adalah Institut Akauntan Malaysia (MIA) [http://www.mia.org.my Malaysian Institute of Accountants].
 
Perakaunan bertujuan memastikan ketepatan [[laporan kewangan]] yang berguna untuk pengurus, penguatkuasa korporat (''regulator''), dan [[pemegang kepentingan]] (''stakeholders'') yang lain seperti [[pemegang saham]] (''shareholders''), [[pemiutang]] (''creditors''), atau pemilik perniagaan. Penyimpanan rekod harian yang terlibat dalam proses ini involved in this process juga dikenali sebagai ''bookkeeping''.
7

suntingan