Beauty and the Beast (filem 1991): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Amir Hamzah 2008 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 21:
| gross = $377,350,553
}}
'''''Beauty and the Beast''''' ('''Si Cantik dan Sang Raksasa''') ialah sebuah filem fantasi animasi buatan Amerika Syarikat yang diterbitkan oleh [[Walt Disney Animation Studios]] pada tahun 1991, dan diedarkan oleh [[Walt Disney Pictures]], selaku filem ke-30 dalam siri [[Senarai filem panggung animasi Disney|Walt Disney Animated Classics]] dan filem ketiga dalam zaman [[Disney Renaissance]]. Filem ini diadaptasikan daripada [[cerita dongeng]] Perancis, ''[[La Belle et la Bête]]'' oleh [[Jeanne-Marie Le Prince de Beaumont]]<ref>{{cite journal|first=Jeanne-Marie |last=LePrince de Beaumont |url=http://www.pitt.edu/~dash/beauty.html |journal=The Young Misses Magazine |title=Containing Dialogues between a Governess and Several Young Ladies of Quality Her Scholars |edition=4 |volume=1 |location=London |year=1783 |pages=45–67}}</ref> dan memetik banyak idea daripada sebuah [[La Belle et la Bête (filem 1946)|filem 1946]] yang turut dipetik dari cerita dongeng yang sama.<ref>{{cite web|url=http://www.toacorn.com/news/2007/0802/dining_and_entertainment/048.html |work=Toacorn.com |title=''Beauty and the Beast'' stellar |first=Carl |last=Ginell |date=2 Ogos 2007 |accessdate=15 Julai 2010}}</ref> Filem ini mengisahkan seorang putera yang ditukarkan menjadi seekor Si Jelik (''Beast'') dan seorang pemudi bernama Belle yang dikurung dalam istana Si Jelik. Untuk menjadi seorang manusia lagi, Si Jelik mesti mencintai Belle dan memenangi hatinya, jika tidak dia akan kekal sebagai Si Jelik selamanya.
 
Lakon layar animasi filem ini dikarang oleh [[Linda Woolverton]] dengan penceritaan oleh [[Roger Allers]], [[Brenda Chapman]], [[Chris Sanders (pengarah)|Chris Sanders]], [[Burny Mattinson]], Kevin Harkey, [[Brian Pimental]], Bruce Woodside, [[Joe Ranft]], Tom Ellery, Kelly Ashbury, dan Robert Lence. Filem ini diarah oleh [[Gary Trousdale]] dan [[Kirk Wise]], dan diterbitkan oleh [[Don Hahn]]. Muzik filem ini dicipta oleh [[Alan Menken]] dan [[Howard Ashman]] yang sebelum ini pernah menggubah lagu untuk ''[[The Little Mermaid (filem 1989)|The Little Mermaid]]''.