Perbezaan antara semakan "Asam gelugur"

3,313 bait ditambah ,  8 tahun lalu
k
tiada ringkasan suntingan
k
| familia = [[Clusiaceae]]
| genus = ''[[Garcinia]]''
| species = '''''G. atroviridis''''' Griff
| binomial = ''Garcinia atroviridis''
| binomial_authority = [[Griff.]] ex [[T.Anderson]]
}}
'''Asam gelugur''' atau '''asam keping''' (''Garcinia atroviridis'' Griff)<ref>{{en}} [http://www.seedtest.org/upload/cms/user/BotaniName.pdf INDEX TO SCIENTIFIC NAMES of Tropical Tree Species along with their Vernacular Names]</ref> ialahatau sejenis'''asam pokokkeping''' merupakan sejenis [[hutanpokok hujannadir]] yang besardipercayai berkayuberasal dandari mempunyaisemenanjung dahan[[Malaysia]]. yangPokok tumbuhini berpusartelah padadisebarkan bahagianke batangnegara-negara pokoknya.jiran Buahnyaseperti berbentukdi bulat[[Thailand]], [[Indonesia]], [[Filipina]] dan berwarnajuga hijau[[India]]. BungaMaklumat buahberkaitan keluasan tanaman asam gelugurgelugor initidak keluarada yang dicatitkan oleh [[Jabatan Pertanian Malaysia]] kerana kebanyakannya di hujungtanam dahanatau dantumbuh bersaizdi besarkebun secara bercampur dengan tanaman buah-buahan lain. AsamAntara gelugurnegeri-negeri semenanjung yang telahdidapati diprosesmempunyai dijadikanbanyak bahanjumlah tambahpokok atauini ialah seperti di [[perasanegeri Perak|bahanPerak]], perisa[[Kelantan]], dalam[[Terengganu]], masakan[[Negeri Sembilan]], [[MelayuPahang]] dan [[Kedah]]. PokokTerdapat inijuga berasalpokok dariasam tanahgelugor besardi [[Asiakawasan Tenggara]]hutan dan buahnya dikutip secara berkala oleh penduduk kampung berhampiran.
 
==Ciri-ciri morfologi==
Pokok asam gelugor merupakan sejenis pokok saka berbuah yang mempunyai akar tunjang dan mampu mencapai ketinggian sehingga 10-15 meter. Batangnya dari kayu keras dan mempunyai dan daun berwarna hijau gelap dengan permukaan atasnya berkilat. Bunganya mempunyai kelopak dan berwarna merah kekuningan yang berada dihujung dahan. Buah asam gelugor berwarna hijau cerah ketika muda dan akan jingga kekuningan apabila matang. Buahnya mempunyai biji keras dan mempunyai rasa yang sangat masam. Bentuk buah asam gelugor berbeza-beza mengikut [[varieti]] iaitu ada yang bulat, oval dan bentuk oblong serta mempunyai ketak. Berat buah antara 100-700 gram sebiji dan mempunyai garispusat antara 6-11 cm. Buahnya mempunyai 12-16 ketak.
 
==Penanaman==
Penanaman asam gelugor untuk menghasilkan asam keping perlu dibanyakkan lagi dengan penanaman secara komersil. Penanaman boleh menggunakan bijibenih dari buah yang cukup matang dan disemai dalam nurseri. Benih yang mempunyai ketinggian lebih sekaki ditanam dengan jarak 6m x 6m. Spesis yang ada di Malaysia adalah spesis tempatan yang akan menghasilkan buah selepas 6-7 tahun ditanam.
 
Kebanyakan pokok yang ada di keliling rumah adalah bercampur dengan buah-buahan lain di ladang dan menerima baja serta amalan agronomi yang diberi adalah sama untuk pokok buah-buahan. Kebanyakan pokok sedia ada dianggap sebagai tanaman organik kerana boleh dikatakan jarang menggunakan bahan kimia. Pembajaan menggunakan baja NPK 12:12:17:2 dengan kadar 30-50 gram boleh dijalankan sebanyak 3 kali setahun. Perosak dan penyakit tanaman ini masih belum di buat kajian secara saintifik. Kesan [[kemarau]] dan [[hujan]] yang berlebihan kadang-kala menyebabkan kejadian buah gugur.
 
==Penuaian==
Buah Asam Gelugor yang matang dituai dengan menggunakan [[galah]] [[buluh]] atau [[aluminium]] yang mempunyai [[pisau]] dan kantung. Ada juga yang memanjat pokok untuk kerja-kerja penuaian. Buah yang di kutip dikumpulkan dan dibersihkan. Untuk dijadikan asam keping, buah asam gelugor di hiris halus antara 3-8 mm ketebalan dengan pisau tajam. Hirisan akan disusun untuk dikeringkan menggunakan [[cahaya matahari]] atau alatan mesin pengering. Jika potongan asam keping dijemur perlu antara 7-12 hari sebelum cukup kering untuk dijual. Di [[Gemenceh]], Negeri Sembilan didapati asam gelugur segar (digelar asam keping) dijual dengan harga RM 4.00 - RM 5.00 setiap 100 gram.
 
== Kegunaan asam gelugur ==
Buah asam gelugur yang telah siap diproses sering dijadikan bahan perisa dalam masakan melayu serta dijadikan bahan untuk menghilangkan rasa atau bau [[hanyir]] yang terdapat pada ikan atau daging. Asam gelugur ini mempunyai rasa yang sangat masam.
 
Asam gelugor kering digelar asam keping digunakan kebanyakannya untuk bahan [[masakan]] sebagai penambah rasa kemasaman dalam masakan. Antara masakan popular perlukan asam keping seperti masakan asam pedas, masak lemak cili api, masak singgang dan segala jenis masakan lain. Asam keping ini mengandungi bahan [[asid hidrositrik]] boleh menggantikan [[asam jawa]]. Pada masa ini ada yang menggunakan asam gelugur untuk jus minuman dan membantu mengurangkan kolesterol dalam badan serta berfungsi sebagai [[antioksidan]] yang baik.{{fakta}}
 
== Nama lain bagi asam gelugur ==
5,902

suntingan