Persatuan Penulis Nasional Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Nuruljannah (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Nuruljannah (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 40:
Suatu program "Malam Baca Puisi PENA' telah berlangsung setiap malam Jumaat pertama setiap bulan sejak tahun 1998. Acara ini diadakan di ruang terbuka. di halaman PENA secara santai dan bebas bagi menggalakkan penyertaan terutama daripada generasi muda. "Malam Baca Puisi PENA" ini telah menjadi satu tradisi dan mulai diikuti oleh kelompok-kelompok lain di Kuala Lumpur dan juga di negeri-negeri.
 
Setiap bulan juga diadakan dialog dan perbincangan buku dalam kalangan penulis muda pada hari sabtu sebelah pagi dan petang. Ini adalah suatu acara wacana yang penting supaya penulis-penulis yang sedang naik dapat menilai dan mengkaji mutu fikiran serta kreativiti mereka. Bukan sahaja kritikan sastera yang menjadi pokok perbahasan, tetapi isu-isu kreatif serta intelektual juga menjadi topik dialog dalam kalangan generasi muda ini.
 
Pucuk pimpinan PENA pada zaman 90-an ini memberikan banyak perhatian untuk meningkatkan kerja menghasilkan karya kerana akhirnya yang akan menjadi warisan bangsa ialah karya bermutu itu sendiri. Oleh itu, PENA menaruh banyak harapan kepada potensi yang ada pada generasi muda yang sangat cergas sekarang. Sehingga dalam jawatankuasa kerja PEN pun diperhatikan suapaya adanya penglibatan pengamal-pengamal sastera diharap akan mengambil alih pucuk pimpinan PENA pada masa depan. Inilah visi jauh yang ada pada Pena dekad ini, iaitu berkarya dan membina bakat-bakat pemimpin kesenian.
 
Dalam masalah kebudayaan dan yang menyangkut kehidupan seniman sekaliannya, PENA selalu mengambil langkah-langkah segera bagi memperjuangkan kepentingan masyarakat pencipta. Sejak zaman awalnya, fikiran dan cadangan-cadangan yang khas sering dicatat dalam bentuk memorandum bagi dikaji berkuasa supaya dapat dijadikan dasar dan dilaksanakan. Selain daripada memoranda tentang hadiah sastera, PENA juga sejak awal usianya mengeluarkan memoranda tentang pelaksanaan Bahasa Kebangsaan dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan; tentang pengajian Melayu di Universiti Malaya dan tentang percukaian secara royalti. Dari tahun 1992 hingga tahun 2004 sahaja sekurang-kurangnya enam memoranda penting telah dikeluarkan oleh PENA: