Buka menu utama

Perubahan

12 bait ditambah ,  7 tahun lalu
k
tiada ringkasan suntingan
Bawang putih (''Allium sativum'') merupakan sejenis [[tumbuhan]] dari keluarga Alliaceae sama seperti lain-lain jenis [[bawang]] iaitu [[bawang besar]], [[bawang merah]], [[lik]] , dan [[kucai]]. Bawang putih telah ditanam dan digunakan manusia semenjak beribu tahun dulu dalam [[perubatan]] dan [[masakan]]. Bawang putih seperti juga bawang merah dan bawang besar mempunyai daun dan [[bebawang]] yang berada dalam tanah yang cetek sahaja. Berbeza dengan bawang besar yang mempunyai satu bebawang, bawang putih dibentuk dari pelbagai bebawang yang mebentuk satu rumpun bebawang.
 
Bawang putih dipercayai [[tumbuhan asal|berasal]] dari tengah [[gunung|pergunungan]] Asia iaitu di [[Tajikstan]], [[Turkmenia]], [[Uzbekistan]] dan utara [[Iran]], [[Afghanistan]] dan [[Pakistan]].<ref> {{en}} Brewster, J.L. (2008). Onions and other Vegetable Alliums. 2nd edition. CABI. [[Wallingford,]]: CABI UKPublication.</ref>. Ia dari [[tumbuhan liar]] yang kemudian dibuat [[pembiakbakaan tumbuhan]] sejak dulu kala. Tanaman ini merupakan tanaman yang mendapat penekanan di negara oirental seperti di [[China]] dan [[Korea]].
 
Belum ada maklumat mengenai tanaman bawang putih dibuat di Malaysia kerana tanaman ini kurang sesuai di Malaysia yang mempunyai iklim lembab dan banyak hujan memudahkan serangan penyakit bawang putih. Negara pengeluar utama bawang putih didunia ialah China dengan 10.5 juta metrik tan setahun atau kira-kira 77% penghasilan dunia. Ini diikuti dengan India (4%), Korea (2%), [[Rusia]] (1.6%) dan [[Amerika Syarikat]] (1.4%). Malaysia merupakan negara pengimpot bersih utama bawang putih.
5,893

suntingan