Perbezaan antara semakan "Kelapa MATAG"

327 bait ditambah ,  9 tahun lalu
k
tiada ringkasan suntingan
(masukkan templat rujukan)
k
|synonyms=
}}
'''Kelapa Matag''' (''Cocos nucifera'' 'Matag') merupakan [[kultivar]] [[kelapa]] yang disyorkan untuk tanaman di [[Malaysia]] oleh [[Jabatan Pertanian Malaysia]].<ref>[http://www.doa.gov.my/web/guest/paddy_industrial Soalan lazim penanaman kelapa]. Seksyen Tanaman Industri. Jabatan Pertanian Malaysia. Capaian 22 Februari 2012.<ref> Kelapa ialah dari keluarga [[Arecaceae]] atau keluarga [[pokok palma|Palmae]] merupakan [[tumbuhan]] pelbagai guna dari bahagian [[batang]], [[daun]], dan [[buah|buahnya]] iaitu [[sabut]], [[air kelapa]], [[tempurung]] dan isinya oleh manusia terutama di [[Asia Tenggara]] dan [[Kepulauan Pasifik]]. Sebut sahaja kelapa maka akan terbayang pokok yang tumbuh menegak tanpa cabang dengan daun yang banyak jejari dan lazimnya ditanam dikawasan tanah persisir pantai.
 
Di Malaysia terdapat beberapa varieti kelapa yang tumbuh sendiri atau ditanam secara komersil semenjak dahulu yang dikenali dengan varieti 'Malayan Tall'. Terdapat seluas 110,000 hektar tanaman kelapa di Malaysia pada tahun 2011 dengan pengeluaran sebanyak 527,650 metrik tan yang bernilai sekitar RM 264 juta. Walaupun keluasan tanaman kelapa telah berkurang daripada 121,011 hektar pada tahun 2005 (kurang hampir 10,000 hektar), tetapi pengeluaran kelapa masih ditahap memuaskan dari 538,807 mt kepada 527,650 sahaja. Ini kerana penanaman kelapa matag dipercayai meningkatkan hasil pengeluaran setiap hektar.
Malaysia masih merupakan pengguna tegar produk kelapa untuk kegunaan harian. Banyak menu makanan harian menggunakan asas produk [[santan kelapa]] seperti nasi lemak, masakan kari, kuih muih, masak lemak cili padi, masak lemak putih dan bermacam lagi jenis masakan. Santan segar atau santan siap proses kini terdapat dipasaran dengan harga yang berpatutan. Keperluan produk kelapa di musim perayaan seperti [[Hari Raya Puasa]] dan [[Hari Raya Haji]] bertambah berlipat kali ganda untuk masak rendang serta lain-lain menu menyebabkan berlaku pengimportan buah kelapa dari negara jiran (terutamanya dari [[Indonesia]]) untuk menampung kekurangan ini. Program menambahkan kawasan atau menanam varieti kelapa baru seperti kelapa matag dijangka dapat memenuhi keperluan kelapa untuk rakyat Malaysia pada masa akan datang.
 
== Bacaan lanjut ==
 
== Rujukan ==
{{reflist}}
 
==Pautan luar==
* [http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan_kelapa.htm Panduan menanam kelapa matag]
{{commons|Cocos nucifera|Kelapa}}
 
5,902

suntingan