Majulah Singapura: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Dekoelie (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 7:
Pada Jun 1959, Singapura diberi hak untuk memerintah secara sendiri (''self-governing state''). Ia memerlukan sebuah lagu kebangsaan untuk menandakan kemerdekaan yang baru dikecapi dari [[United Kingdom|British]]. Majulah Singapura didapati lagu yang paling sesuai dan dipilih oleh Dewan Perundangan (''Legisltive Assembly'') pada November 1959 sebagai Lagu Kebangsaan. Ia dilancarkan secara rasmi pada Disember 1959 semasa "Minggu Kesetiaan" (''Loyalty Week''), bersamaan perlantikan [[Presiden-presiden Singapura|Yang di-Pertuan Negara]] Singapura yang pertama, Encik [[Yusof Ishak|Yusof bin Ishak]]. Apabila Singapura menganggotai [[Malaysia|Persekutuan Malaysia]] pada 1963, hanya lagu [[Lagu_negaraku|Negaraku]] berkumandang di negara tersebut. Namun setelah ia berpisah dari Malaysia pada 1965, Majulah Singapura dikembalikan sebagai lagu kebangsaan republik yang baru itu.
 
Rakyat Singapura yang telah hidup sebelum dan setelah Singapura merdeka boleh dikatakan telah menyanyikan empat buah lagu kebangsaan sepanjang hayat mereka, "[[God Save the Queen|God save the King/Queen]]" ([[United Kingdom|British]]), "[[Kimigayo]]" ([[Jepun]]), "[[Lagu_negaraku|Negaraku]]" ([[Malaysia]]) dan "Majulah Singapura".
 
==Lirik==